Perbezaan antara semakan "Di Balik Tawa"

4,213 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan visual
 
Sesudah bergelar artis, Ropie tidaklah semewah yang disangka. Tawaran pasang surut dan ada kalanya dia tidak mampu berbelanja. Isterinya menuntut cerai dan membawa pergi anak-anaknya termasuk seorang anak angkat yang dijaga sejak kecil, Ropie yang terkontang kanting mengalami kekecewaan kerana kerinduan pada telatah anaknya di rumah. Ropie berpindah keluar dan berkahwin baru kerana terlalu sunyi.
 
=== Abam Bocey ===
Abam asalnya menyertai program Raja Lawak bersama adiknya Ali, tetapi Afdlin Shauki hanya mahukan seorang saja. Mereka membatalkan hasrat itu dan mencuba lagi sekali dan terpilih, kali ini dua beradik seibu tapi berlainan bapa ini terpilih ke Raja Lawak 6 sebagai Albob. Abam mencuba nasib lagi kali ini di program Bintang Mencari Bintang bersama Fad sebagai Bocik dan dia berjaya menempa nama. Sebelum menceburi bidang komedi, Abam sukar mendapat pekerjaan selepas kontrak kantin perusahaan keluarga mereka dengan Puspakom ditamatkan. Disebabkan saiznya yang terlalu besar dan berat, sukar untuk Abam mendapat kerja tetap dan jawatan yang dipohon.
 
=== Ali Puteh ===
Ali menceritakan betapa peritnya mereka berusaha keras untuk memasuki dunia lawak apabila mencuba dari satu destinasi ke destinasi lain untuk ujibakat 1 program yang sama hanya kerana ingin mengubah taraf hidup. Dia juga banyak memberi laluan kepada Abam kerana dia tahu betapa sukarnya untuk Abam mendapat pekerjaan.
 
* Abam dan Ali adalah 2 adik beradik yang ditemubual dalam rancangan ini dan mempunyai episod berbeza. Bell dan Anne Ngasri tidak mempunyai slot masing-masing kerana Anne cuma hadir dlm 1 episod bersama Bell.
 
=== Imuda ===
Abdul Rahim Muda berkongsi cerita pembabitan awalnya sebelum menceburi bidang seni dengan hasil tidak seberapa, bergelut dengan penyakit Gout.
 
=== Saiful Apek ===
Dihari pengebumian ibunya, Saiful hanya tahu dia anak angkat setelah tidak dibenarkan untuk mencium dahi jenazah arwah ibu angkatnya. Dia berjaya bertemu dengan keluarga kandungnya semula.
 
=== Ilya Buang ===
Satu-satunya ahli asal kumpulan Senario dalam rancangan ini. Ilya menceritakan bagaimana mereka hanya dibayar gaji bulanan sewaktu Senario gah di puncak, rancangan mereka mendapat tontonan tinggi, memiliki kelompok peminat tersendiri, popular serata Malaysia.
 
=== Didie Alias ===
Didie berasa sedih apabila imej ala lady gaganya dikeji masyarakat dan anaknya turut terkena tempias. Dia bersyukur kerana anaknya masih cemerlang dalam pelajaran biarpun dikeji hanya disebabkan penampilan ibu mereka.
 
=== Shuib ===
Nama timangan asalnya ialah Ijoy, dibesarkan dalam 1 rumah kecil, Shuib dijaga oleh Atuk dan Neneknya. Dia tidak tahu mengenai dunia seni pada waktu itu kerana tiada medium hiburan yang mampu dimilikinya. Shuib begitu susah sekali hinggakan dia tidak memiliki motorsikal ataupun kereta, cubaan memasuki program nyanyian gagal kerana ditolak sebab tidak memiliki paras rupa, dari situ Dia berkenalan dengan Jep dan Mamat yang merubah perjalanan hidupnya. Jep mencadangkan nama Shuib, lari dari nama asalnya iaitu Shahmira dan mereka jadi lebih rapat selepas sama sama bertugas sebagai ground crew air asia. Jep yang terlebih dahulu berkawan dengan Mamat memperkenalkan Mamat kepada Shuib. Shuib dan Jep selepas menjuarai Raja Lawak 3 sedikit terumbang ambing kerana tidak tahu bagaimana cara untuk membawa diri, tiada pengurus dan tiada tawaran susulan diterima selepas RL3, kehidupan mereka mula teratur selepas siri tv Bujang Sepah Lalalitamplom, malangnya pergolakan dan tiada kerjasama baik dari Mamat hanya tinggal Jep dan Shuib saja meneruskan legasi Sepahtu.
 
=== Tauke ===
Dia melakukan pelbagai kerja sebelum menjadi pelawak, antaranya ialah pembancuh air, anggota Johor Military Force. Tauke begitu rindu pada sahabat baiknya, arwah Pak Yus yang banyak membantu diawal pembabitan dalam bidang seni. Lagu Aris Ariwatan - 1,2,3,4 cukup membuatkannya sebak kerana teringat pada 2 individu paling dikasihinya, arwah Ibu dan Pak Yus.
 
=== Accapan ===
Acca pada awalnya datang ke ibukota bukan untuk menjadi pelawak tetapi lebih pada menyertai pemilihan bolasepak kerana minatnya pada sukan itu dia sanggup berbasikal dari Perak ke Kuala Lumpur memakan masa tu berhari hari kerana Projek Lebuhraya Utara Selatan belum siap lagi pada waktu itu.
 
=== Jaafar Onn ===
Cikgu Jaafar bermula di Flat Jalan Pekeliling semasa mula berhijrah ke Kuala Lumpur. Biarpun disenangi jiran tetangga dan rakan-rakan artis, dia mempunyai kisah sedih di alam perkahwinannya. Bekas isteri dan anaknya menjauhkan diri daripadanya. Hanya anak angkat dan rakan-rakan tempat dia mencurah kasih.
 
 
 
 
 
<br />
201

suntingan