Cahaya Hati: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
Hafiz Sariman (bincang | sumb.)
Baris 5:
== Sinopsis ==
 
Ia mengisahkan percintaan antara tiga hati - MusJay, Ayu dan RahimJeffri. Ketiga-tiga mereka mempunyai karektor tersendiri dan saling berhubung kait. Perkenalan antara mereka terjadi apabila suatu hari, MusJay yang bekerja sebagai jurugambar mengambil gambar seorang gadis cantik di tepi tasik. MusJay tidak mengetahui gadis itu cuba untuk membunuh diri, tiba-tiba gadis itu terjun ke dalam tasik, lalu MusJay terus terjun dan menyelamatkan gadis berkenaan.
 
Sejak peristiwa itu, MusJay mula menjadi rapat dengan gadis itu yang bernama Ayu. MusJay menyerahkan gambar Ayu kepada rakannya, Rahim yang berkerja di agensi model. RahimJeffri begitu tertarik dengan keterampilan Ayu dan mengubahnya sehingga menjadi peragawati terbaik di agensi itu.
 
Bermula saat itu, Ayu mengorak langkah kehidupannya sebagai peragawati dan MusJay bertindak sebagai jurugambar. Namun, semuanya berubah apabila Rahim meluahkan perasaan cintanya terhadap Ayu. MusJay menyedari perkara itu dan mula menjauhkan diri daripada Ayu.
 
Ayu menolak cinta RahimJeffri dan mengakui cintanya hanya milik MusJay. RahimJeffri sangat marah apabila mengetahui hal itu dan akibat perasaan cemburu yang menguasai diri, RahimJeffri mengambil keputusan drastik dengan menamatkan kontrak Mus.
 
RahimJeffri tetap tidak berputus asa walaupun mengetahui cintanya bertepuk sebelah tangan. Dia cuba melamar Ayu untuk menjadi isterinya. Ayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan MusJay menjauhkan diri daripadanya, pergi mendapatkan MusJay untuk meminta penjelasan.
 
MusJay berterus-terang bahawa dia juga menyintai Ayu tetapi dia berasa dirinya serba kekurangan jika dibandingkan RahimJeffri yang lebih layak untuk menjaga Ayu. Selepas mengadakan perbincangan, Ayu dan MusJay kembali berbaik selepas menyedari perasaan timbul antara satu sama lain.
 
Namun, satu kejadian menimpa Ayu hingga menyebabkan cinta ke tiga-tiga insan ini teruji lagi.