Istana Balai Besar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 3:
Istana Balai Besar adalah istana yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Sultan Muhammad II telah memindahkan pusat pentadbiran Kelantan dari Kota Saba ke Kota Bharu sekarang ini pada tahun 1844. Semasa pemindahan pusat pentadbiran ini, Baginda telah mengarahkan pembinaan sebuah Istana untuk baginda bersemayam.
 
Istana Balai Besar ini telah menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan iaitu bermula dari Sultan Muhammad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1890-1891) dan, Sultan Mansur (1891 – 1900) dan Sultan Muhammad IV (1900-1920).
 
Istana Balai Besar adalah Istana Keramat buat keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diRaja dari tahun 1845 hingga sekarang. Upacara rasmi yang pertama diadakan sempena menyambut “Surat Sejabat” atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II.