Perbezaan antara semakan "Mirwana"

15 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Mirwana yang dikenali ramai pada hari ini ialah daripada generasi yang kelima Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Semasa generasi kelima ini, mereka masih lagi dipimpin oleh saudara Yasin. Dan hanya Mirwana generasi kelima ini saja yang berani tampil sebaris dengan artis-artis lain dalam arus perdana industri muzik Malaysia. Kewujudan Mirwana sebaris dengan kumpulan Raihan yang dahulunya dikenali sebagai The Zikr, Nada Murni (Rabbani dan Hijjaz), Anugerah (Nowseeheart) dan All For Ummah (Saujana).
 
Pada tahun 2006, Wan Fazrul dan Syed Muhammad Izzat bin Syed Mahadi yang lebih dikenali sebagai Izzat Mahadi telah mengumumkan pengunduran beliau dari Kumpulan Mirwana.
 
Pada hari ini, selain Along, Akmal, dan Hafiz, Mirwana dianggotai 3 ahli baru iaitu Syed Muhammad Ikram Bin Syed Mahadi (Ikram), Naemul Helmi Bin Mohd Napiah (Naim) dan Mohd Faiz Bin Saidina Omar (Faiz) <ref>[https://www.astrogempak.com.my/artikel/4828/ggv-semua-anggota-bekerja-tetap-bila-mirwana-praktis GGV: Semua Anggota Bekerja Tetap, Bila Mirwana Praktis?]</ref>
Pengguna awanama