SmartTAG: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
==Latar belakang==
SmartTAG dibangunkan sepenuhnya oleh [[Teras Teknologi|Teras Teknologi Sdn Bhd]] dan dipasarkan oleh Rangkaian Segar Sdn Bhd.
 
Sebelum pengenalan SmartTAG, terdapat pelbagai jenis sistem kutipan tol elektronik pandu terus seperti FasTrak, PLUS TAG dan Saga TAG. SmartTAG mula diperkenalkan pada [[15 Mac]] [[1999]] apabila PLUS Expressways Berhad mengantikan sistem kutipan tol elektronik pandu terus PLUS TAG di lebih 20 buah plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan kemudian diperluaskan ke 4 buah plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.
 
Pada bulan [[Disember]] [[2003]], kerajaan Malaysia telah mengarahkan semua pengendali lebuh raya bertol bertukar kepada kemudahan sistem pembayaran elektronik SmartTAG dan [[Touch 'n Go]] bagi mengantikan semua sistem kutipan tol elektronik pandu terus yang lain bagi memudahkan para pengguna. Keputusan tersebut secara tidak langsung menjadikan Rangkaian Segar Sdn Bhd satu-satunya pengendali kutipan tol elektronik di Malaysia pada [[Julai]] [[2004]].
 
==Ciri-ciri SmartTAG==