Najib Razak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Islam Al-Behairy (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 201:
 
==== Program Motosikal Tiga Roda, Mobilepreneur, dan MyAGROSIS ====
Pewujudan Program Motosikal Tiga Roda adalah merupakan sebahagian komponen Projek Pembangunan Agrobazaar Kedai Rakyat. Program ini terbentuk berikutan timbulnya keperluan untuk mengatasi masalah lebihan hasil-hasil pertanian di kawasan luar bandar melalui usahawan peraih Motosikal Tiga Roda yang dilantik oleh FAMA. Usahawan peraih Motosikal Tiga Roda akan berperanan sebagai pengumpul membeli hasil-hasil pertanian di kampung-kampung dan memasarkannya melalui rangkaian Agrobazaar Kedai Rakyat, peserta Pasar Tani, Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) atau secara jualan langsung terus kepada pengguna melalui Pasar Tani. Program ini memberi tumpuan kepada usahawan peraih dan pengumpul hasil-hasil  di kawasan luar bandar dalam membantu mengatasi masalah kemiskinan dan sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada usahawan Motosikal Tiga Roda. Aktiviti utama yang dijalankan adalah mengumpul hasil-hasil pertanian di kampung-kampung menggunakan Motosikal Tiga Roda yang dibekalkan oleh FAMA melalui pakej jual beli.<ref>http://www.fama.gov.my/motosikal-roda-tiga</ref>
 
Program Mobilepreneur diperkenalkan pada Mei 2016 merupakan inisiatif kementerian bagi melahirkan usahawan belia luar bandar bagi menjalankan perniagaan berkonsepkan berge­rak menggunakan motosikal. Berdasarkan kajian ke atas 500 peserta Mobilepreneur@KKLW pada 2016 hingga Julai 2017, hampir keseluruhan peserta berjaya meningkatkan pendapatan mereka melebihi 10 peratus. Kira-kira 75 peratus daripada mereka berjaya melonjakkan pen­dapatan sebanyak 30 peratus, manakala bakinya meraih pendapatan lebih 100 peratus berban­ding sebelumnya. Peningkatan pendapatan secara purata bagi keseluruhan 500 peserta itu adalah sebanyak RM534 sebulan dan keberhasilan penca­paian ini menunjukkan keberkesanan program berkenaan dalam meningkatkan pendapatan peserta. Di peringkat kementerian, sasaran minimum pendapatan peserta sebanyak RM2,000 sebulan selepas mereka berjaya mengukuhkan perniagaan mereka. Dalam pada itu, sebanyak 13 bidang perkhidmatan dikelaskan pada tahun ini, iaitu perkhid­matan automotif, elektrikal, pendi­ngin hawa, spa kecantikan, jahitan, gunting rambut dan dandanan. Turut ditawarkan adalah per­khidmatan motosikal, kimpalan, komputer, fotografi, elektronik, penyelenggaraan paip dan bangunan.<ref>http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/peserta-mobilepreneur-kklw-perlu-kreatif-1.531221</ref>