Perbezaan antara semakan "Revolusi Nasional Indonesia"

tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Revolusi Nasional Indonesia''' atau '''Perang Kemerdekaan Indonesia''' ialah sebuah konflik bersenjata serta pergelutan diplomatik antara [[Indonesia]] dan Empayar Belanda, dan juga sebuah [[revolusi sosial]] dalaman. Revolusi ini berlaku antara detik [[PengisytiharanProklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia|pembacaan pengisytiharan kemerdekaan]] oleh Indonesia dalampada tahun 1945 dan pengiktirafan kemerdekaan Indonesia oleh [[Belanda]] pada penghujung tahun 1949. Pergerakan kemerdekaan Indonesia bermula dalam tahun 1908, yang sekarang diperingati sebagai [[Tahun Kebangkitan Bangsa]] Indonesia.
 
Perjuangan kemerdekaan berlanjutan selama empat tahun dan melibatkan konflik bersenjata yang berdarah, pergolakan politik dan masyarakat Indonesia, dan campur tangan diplomatik besar sebanyak dua kali. Angkatan Belanda gagal menewaskan orang Indonesia.<ref name="DESTINIESp35">Friend (2003), page 35</ref> Kendatipun angkatan Belanda berjaya mengawal bandar-bandar di wilayah yang dipegang pihak Republik di [[Pulau Jawa]] dan [[Sumatera]], mereka tidak dapat menguasai kampung-kampung dalam kawasa-kawasan pedalaman. Justeru, ''Republik Indonesia'' akhirnya meraih kejayaan melalui usaha diplomatik antarabangsa dan dengan kegigihan orang Indonesia dalam pertempuran bersenjata di Pulau Jawa dan pulau-pulau lain.<ref name="DESTINIESp35">Friend (2003), page 35</ref>
20,092

suntingan