Hadiah Keamanan Nobel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah kotak info, templat dan sedikit pengemasan.
Pengemasan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 12:
}}
 
'''Hadiah Keamanan Nobel''' ([[bahasa Sweden]] dan [[bahasa Norway|Norway]]: ''Nobels fredspris'') ialah nama bagi salah satu daripada lima [[Hadiah Nobel]] yang [[pewarisan|diturunkan]] oleh [[Alfred Nobel]], seorang [[industrialis]] dan [[pencipta]] berbangsa [[Sweden]]. Menurut [[wasiat]] Nobel, Hadiah Keamanan sewajarnya dianugerahkan kepada ''"tokoh yang akan melakukan kerja terbanyak atau terbaik demi persaudaraan antara bangsa, untuk pembubaran atau pengurangan [[tentera|tentera-tentera]] yang masih ada dan untuk menganjuran dan promosi kongres keamanan".''
 
Hadiah Keamanan ini dianugerahkan setiap tahun di [[Oslo]], [[ibu negara]] [[Norway]]. hadiah sebenarnya sentiasa dianugerahkan pada 10 Disember, iaitu ulang tahun pemergian Nobel. Raja Norway sentiasa menghadirinya. Selama sedekad yang berlalu, Upacara Hadiah Keamanan Nobel di [[Dewan Bandaraya Oslo]] sentiasa disusuli pada hari kemudian oleh [[Konsert Hadiah Keamanan Nobel]] yang disiarkan di lebih 150 negara dan lebih 450 juta rumahtangga di seluruh dunia. Pemilihan penerima Hadiah Keamanan Nobel kadang-kadang menimbulkan kontroversi, kerana senarai pemenangnya merangkumi tokoh-tokoh yang pernah menggunakan [[kekerasan]] untuk menyelesaikan masalah, tetapi kemudiannya melakukan konsesi luar biasa tanpa kekerasan dalam cubaan mencapai keamanan.