Universiti Cambridge: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 84 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q35794
Tiada ringkasan suntingan
Baris 31:
Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi '''[[Oxbridge]]'''), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di [[United Kingdom]], bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar [[ahli sains]], [[penulis]] dan ahli [[politik]] yang terpenting sepanjang masa.
 
Sekutu-sekutu University of Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 [[AnugerahHadiah Nobel]], lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidiksn, ahli ilmiah, atau profesor. (Universiti [[Chicago]] mempunyai jumlah kedua tertinggi pemenang Anugerah Nobel yang bersekutu dengannya — 78 atau mungkin 79 — tetapi hanya 30 daripada mereka pernah menjadi penuntu di situ.)
 
University of Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu. Antara mereka yang meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada cara pemikiran manusia adalah: [[Isaac Newton]] (penemuan dan teori [[graviti]]), [[Charles Darwin]] ([[teori evolusi]]), [[William Harvey]] (peredaran [[darah]]), [[Paul Dirac]] ([[mekanik kuantum moden]]), [[J. J. Thomson]] (penemuan [[elektron]]), [[Ernest Rutherford]] (struktur [[nuklear]] sebiji [[atom]]), [[James Clerk Maxwell]] (teori [[elektromagnetik]]), [[James D. Watson]] & [[Francis Crick]] (struktur [[DNA]]), [[Frank Whittle]] (penciptaan [[enjin jet]]), dan [[Alan Turing]] (teori [[komputasi]]).