Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
k Membatalkan semakan 4549054 oleh 2001:D08:E0:473D:DD60:952:9589:ED2B (Perbincangan): rv-v
Teg: Buat asal
 
Baris 30:
Pada 2009, Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris (M) memiliki 206 pelajar lelaki dan 229 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 435 orang. Ia mempunyai seramai 31 orang guru.<sup>2009</sup>
 
==Sejarah ==
Anjinhsshvw
 
STELLA MARIS SCHOOL ditubuhkan pada tahun 1950 sebagai sekolah persendirian berbahasa pengantar bahasa Inggeris oleh Rev. Father L.S. Noris dengan En. Benedict J.Wong sebagai guru. Sekolah ini memulakan pengajiannya dengan menumpang di Sekolah Melayu Perempuan Kangar yang terletak di stesyen teksi di hadapan Panggung Kapitol (Dewan Kapitol). Ramai murid ketika itu ialah 43 orang (lelaki dan perempuan) dan mereka memulakan pengajian dalam darjah satu dan darjah dua.
 
Pada mulanya sebuah bangunan kayu dan ayan yang mengandungi empat bilik darjah didirikan dengan sumbangan daripada orang ramai yang terdiri daripada saudagar atau peniaga yang tinggal di sekitar Kangar. Bangunan baru ini mula digunakan pada bulan Februari 1951 dan dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Tuanku Raja Perlis pada bulan Mac tahun yang sama. Guru pada ketika itu ialah En. Anthony Chan dan En. Gilbert Chan dengan En. Benedict J. Vong sebagai Guru Besar. Akhir tahun 1952, bilangan pelajar sekolah ini meningkat kepada 200 orang dengan tenaga pengajar seramai 5 orang dan lima buah bilik darjah. Sejak 1953 sekolah ini menjadi sekolah bantuan penuh di bawah Jabatan Pelajaran Kedah pada ketika itu. Seorang Guru Besar yang sudah bersara iaitu En. P. J. Morsingh ditugaskan di sekolah ini bagi menggantikan En. Benedict J. Vong sebagai Guru Besar.
 
Pada masa itu sekolah mengadakan dua sidang pengajian iaitu satu sidang bagi murid-murid dalam lingkungan umur yang betul diadakan pada sebelah pagi serta mendapat bantuan penuh, manakala sidang yang satu lagi dijalankan disebelah petang, khas bagi murid-murid yang lebih tua dan dijalankan sebagai sekolah persendirian. Pada akhir tahun 1955, En. P. J. Morsingh telah berhenti dan En. Benedict J. Vong sekali lagi dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini.
 
Pada tahun 1957, sidang sekolah menengah diluluskan dan semenjak tahun 1960 sekolah ini mengadakan dua sidang iaitu sidang pelajaran rendah dan sidang pelajaran menengah sehingga ke tingkatan III. Apabila sekolah menengah banyak didirikan di Perlis, murid-murid dalam kelas menengah dihantar ke sekolah-sekolah menengah yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Ini mengakibatkan sidang menengah sekolah ini terpaksa ditutup pada tahun 1963.
 
Pada tahun 1964, bangunan baru didirikan bagi menambahkan bilangan bilik darjah. Pada tahun 1967, selain daripada pertambahan bilik darjah, padang permainan juga diperbesarkan dan dipagar. Pada tahun 1972, dengan peruntukan sebanyak RM15,000.00 sebuah bangunan baru yang mengandungi empat buah bilik darjah didirikan. Bangunan ini menempatkan perpustakaan sekolah dan bilik-bilik darjah untuk tahun satu. Sebuah bangunan kantin juga didirikan pada ketika itu.
 
Dengan persaraan En. Benedict J. Vong pada 30 . 10 . 1978, En. Jayaram Ragavan dilantik sebagai Guru Besar. Pada tahun 1980, Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan peruntukan bagi membina sebuah bangunan baru yang mengandungi bilik pejabat, bilik guru, bilik stor dan bilik-bilik darjah. Bangunan ini siap dibina pada Mei 1983 dan mula digunakan pada Ogos 1983. Pada penghujung tahun 1987 sebuah lagi bangunan baru satu tingkat yang mengandungi 5 bilik darjah dan bilik air mula didirikan bagi menggantikan 4 buah bilik darjah yang diistiharkan sebagai tidak selamat. Murid-murid mula menggunakan bilik-bilik darjah baru bangunan ini pada permulaan penggal kedua tahun 1988.
 
Dalam bidang pelajaran, sekolah ini banyak menghasilkan murid-murid yang mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Sejak tahun 1983, sekolah ini adalah salah sebuah sekolah yang terbaik di Negeri Perlis dalam keputusan peperiksaan penilaian darjah 5, bukan sahaja dari segi bilangannya tetapi juga dari segi mutu pencapaiannya.
 
Sungguhpun sekolah ini adalah sekolah rendah, ianya terkenal diseluruh negeri Perlis kerana murid-muridnya bukan sahaja datang dari kawasan Bandar Kangar, tetapi terdapat juga murid-murid yang datang dari kawasan Padang Besar dan Chuping. Diantara mereka yang tamat pengajian di sekolah ini ramai berjawatan tinggi sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau swasta.
 
Sekolah ini amat berasa bangga dan bertuah kerana dilawati oleh Duli-Duli Yang Di Pertuan Agung yang pertama dan ketiga pada tahun 1958 dan 1963. Diantara pembesar Negara yang membuat lawatan ke sekolah ini ialah bekas menteri pelajaran En. Mohd. Khir Johari, Sir Gerald Templer dan bekas Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu iaitu Sir Donald Macglavary.
 
Selepas En. Jayaram Ragavan sekolah ini diterajui oleh beberapa orang guru besar. Diantaranya ialah En. Ramli Abd. Ghani, Pn. Ampuan bt. Hamzah dan Allahyarham En. Wan Mahazir bin Wan Saidin.
 
Selain tumpuan terhadap bidang pelajaran, sekolah ini juga menitikberatkan pembinaan watak seseorang murid itu. Pihak sekolah banyak memberi perhatian dan tumpuan kepada murid-murid dan guru-guru bagi menanamkan semangat percaya dan yakin pada diri sendiri supaya mereka dapat mengamalkan tanggungjawab ini dalam masyarakat dengan harapan mereka menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab terhadap Negara.
 
Sekolah Kebangsaan Stella Maris juga berusaha menyedarkan murid-murid dan guru-guru tentang kemurnian nilai prinsip-prinsip moral yang mungkin dapat membantu mereka menghadapi cabaran yang akan ditempuhi dalam masyarakat pada masa akan datang
 
==Pencapaian ==