Pour le Mérite: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Baris 3:
'''Pour le Mérite''' (asal bahasa [[Perancis]] dan diterjemah ''untuk kepujian''), dikenali secara rasmi sebagai '''Blue Max''' ([[Bahasa Jerman]]: ''Blauer Max''), merupakan pingat keberanian tertinggi [[Kerajaan Prusia]]. Ia telah dianugerahkan hanya untuk mengiktiraf pencapaian peribadi (keberanian) yang luar biasa (atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan), dan bukannya sebagai penanda umum status sosial atau satu penghormatan ihsan, walaupun sekatan-sekatan tertentu kelas sosial dan pangkat tentera telah digunakan. Anugerah ini telah diberikan sebagai penghormatan tentera (1740-1918) dan sivil (1740–1810, selepas tahun 1842 sebagai satu kelas berasingan).
 
Anugerah ini telah dizahirkan pada tahun 1740 oleh Raja Prusia, [[FrederickFrederich II dari Prusia|FrederickFrederich Agung]]; ia pada mulanya sebagai satu penghormatan tentera, tetapi kadangkala juga dikurniakan untuk pencapaian sivil. Darjah-darjah tentera pangkat baru ''Pour le Merite'' dihentikan selepas berakhirnya kerajaan monarki Prusia pada November 1918, iaitu sejurus selepas [[Perang Dunia I]] tamat. Pada [[Perang Dunia II]], pingat [[Knight Cross of the Iron Cross|Knight Cross]] dianggap sebagai pengganti kepada ''Pour le Merite''.
 
== Bibliografi ==