Data (pengkomputeran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Bot: perubahan kosmetik
a
Teg-teg: Menggantikan Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1:
a
Dalam bidang [[sains komputer]], '''data''' ialah mana-mana [[maklumat]] dalam bentuk yang sesuai digunakan oleh [[komputer]]. Ia seringnya dibezakan daripada [[atur cara komputer]] yang merupakan satu set [[suruhan]] yang memerincikan tugas untuk dilakukan oleh komputer. Daripada segi ini, data ialah apa-apa maklumat yang bukannya [[kod]] atur cara. Daripada satu lagi segi, [[fail perduaan]] (yang tidak dapat dibaca oleh [[manusia]]) kekadang dipanggil "data", berbeza dengan "[[Fail teks|teks]]" yang dapat dibaca oleh manusia. Jumlah data digital pada tahun [[2007]] dianggarkan sebanyak 281 [[bilion]] [[gigabait]].
 
[[Fail komputer]] biasanya digunakan masing-masing untuk menyimpan atur cara dan data. [[Fail boleh laku]] mengandungi atur cara, manakala fail-fail yang lain merupakan [[fail data]]. Bagaimanapun, fail boleh laku mungkin juga mengandungi data yang "terbina" ke dalam atur caranya. Terutama sekali, sesetengah fail boleh laku mengandungi [[segmen data]] yang mengandungi pemalar dan nilai permulaan, kedua-duanya data.
 
Sebagai contoh, seorang pengguna mengarahkan [[sistem pengendalian]] untuk memuat atur cara [[pemproses kata]] dari sebuah fail, lalu menyunting [[Format fail dokumen|dokumen]] yang disimpan dalam fail yang lain. Dokumen tersebut dianggap sebagai data. Jika pemproses kata itu mempunyai [[penyemak ejaan]], jadi [[kamus]] (senarai kata) untuk penyemak ejaaan itu juga dianggap sebagai data. Sebaliknya, [[algoritma]] yang digunakan oleh penyemak ejaan untuk mencadangkan pembetulan dianggap sebagai [[Kod (pengaturcaraan komputer)|kod]].
 
Batas antara atur cara dan data kini dikaburi. Misalnya, [[pentafsir]] ialah atur cara. Data [[input]] untuk pentafsir pada dirinya juga merupakan atur cara yang hanya tidak ditulis dalam [[bahasa mesin]] asli. Dalam banyak kes, atur cara tertafsir ialah [[fail teks]] boleh baca manusia yang diolah dengan [[penyunting teks]] — lebih biasanya dikaitkan dengan data [[teks biasa]].
 
== Lihat juga ==