26,304
suntingan
''Rolling Stone'' diasaskan di [[San Francisco]] pada tahun 1967 oleh [[Jann Wenner]], seorang wartawan akhbar, dan [[Ralph Gleason]], seorang pengkritik muzik.<ref name="Britannica">{{Britannica|507165}}</ref> Majalah ini pada mulanya bertumpu kepada [[budaya balas]] [[hippie]] yang sangat giat pada tahun 1960-an, namun lebih menggunapakai kaedah kewartawanan cara lazim atau konvensional serta tidak bebraur politik radikal sepertimana yang diamalkan [[akhbar bawah tanah]] semasa ketika itu. Wenner sendiri menekankan bahawa majalah mereka "bukan sekadar mengenai muzik tetapi juga mengenai perkara dan sikap yang diluahkan muzik tersebut".{{refn|group="nota"|Teks asal: "...''is not just about the music, but about the things and attitudes that music embraces...''"}}
Pada dekad tahun 1970-an, majalah ini mula menceburi dalam pelaporan hal-hal politik terutamanya oleh tokoh utama dalam bidang mereka, [[Hunter S. Thompson]]. Dalam majalah inilah Thompson menerbitkan ''[[Fear and Loathing in Las Vegas]]'', malah beliau setia bekerja dalam majalah terseut sehinggalah kematiannya pada tahun 2005.<ref>{{Cite news|url=https://www.theguardian.com/books/2013/jan/06/fear-rolling-stone-hunter-thompson|title=Fear and Loathing at Rolling Stone: The Essential Writing of Hunter S Thompson – review|last=East|first=Ben|date=5 Januari 2013|work=The Guardian|access-date=31 Mei 2017|language=en-GB|issn=0261-3077|deadurl=no|archiveurl=https://web.archive.org/web/20170602115226/https://www.theguardian.com/books/2013/jan/06/fear-rolling-stone-hunter-thompson|archivedate=
Pada tahun 1980-an pula, majalah ini mula meluaskan skop ia menjadi suatu majalah hiburan umum dengan bertambahnya liputan terhadap televiyen, filem dan [[budaya popular]] semasa.
|