Cinta Buatan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 17:
'''Cinta Buatan Malaysia''' ialah album studio pertama yang dirakam oleh kugiran [[Search]] sejak diasaskan pada tahun 1981. Album terbitan [[M. Nasir]] (dengan bantuan Eric Yeo sebagai pengurus penerbitan) ini dirakam di Lion Studio, [[Singapura]], di bawah bimbingan jururakam Johnny Herbert dan Eddie Seet sebelum keluar di pasaran pada Julai 1985.
 
Kumpulan Search pada ketika itu dianggotai oleh 3 orang sahaja iaitu [[Amy Search|Suhaimi Abdul Rahman @ Amy]] (vokal), [[Nordin Taib|Nordin Mohd Taib @ Din]] (gitar irama) dan Yazit Ahmad @ Yazit (dram) setelah [[Hillary Ang]] (gitar utama) dan Nasir Daud (bass) tidak dapat menyertai Search atas sebab-sebab tertentu. Tempat mereka digantikan oleh Amran Marsiman @ Yan (bass) dan [[Man Kidal|Abdul Rahman Mahmood @ Man Kidal]] (gitar utama) dari kumpulan [[Lefthanded]] selaku anggota pinjaman.
 
Tiga daripada sepuluh lagu dalam album ini adalah rakaman semula, iaitu "Sirih Gambir" (asalnya lagu "You Really Got Me" oleh [[the Kinks]]), "Nombor" (asalnya lagu "Tokyo" oleh Earth Shaker), dan "Jiwa-Jiwa Luka" (asalnya lagu "Rupa Tanpa Wajah" oleh M. Nasir); yang selebihnya merupakan karya asli. Dua buah lagu iaitu "Cinta Pertama" dan "Jiwa Jiwa Luka" adalah nyanyian Yan selainnya oleh Amy.