Amerika Syarikat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 119:
 
=== Kemerdekaan dan perluasan ===
{{Seesee also|Revolusi Amerika|Perang Revolusi Amerika}}
 
[[Fail:Declaration of Independence (1819), by John Trumbull.jpg|thumb|''[[Perisytiharan Kemerdekaan Trumbull|Perisytiharan Kemerdekaan]]'' oleh [[John Trumbull]], 1817–18]]
Ketegangan antara penduduk koloni Amerika dan British ketika zaman [[Revolusi Amerika]] pada 1760-an dan awal 1770-an, membawa kepada [[Perang Revolusi Amerika]] yang berlarutan dari tahun 1775 hingga 1781. Pada 14 Jun 1775, [[Kongres Kebenuaan Kedua|Kongres Kebenuaan]] yang bersidang di bandar [[Philadelphia]], menubuhkan [[Tentera Kebenuaan]] yang diketuai oleh [[George Washington]]. Atas perisytiharan bahawa "[[setiap manusia diciptakan sama taraf]]" yang diberi "[[Hak semula jadi dan undang-undang|hak-hak yang tidak boleh dinafikan]]," Kongres menerima [[Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat|Perisytiharan Kemerdekaan]] yang dirangka terutamanya oleh [[Thomas Jefferson]], pada 4 Julai 1776. Pada tarikh inilah, [[Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat]] disambut setiap tahun. Pada tahun 1777, [[Perkara-Perkara Pergabungan]] menubuhkan sebuah kerajaan gabungan lemah yang bertahan sehingga tahun 1789.
Baris 131 ⟶ 132:
 
=== Perang Saudara dan pengindustrian ===
{{Seesee also|Perang Saudara Amerika|Perang Sepanyol–Amerika Syarikat}}
 
[[Fail:Battle of Gettysburg, by Currier and Ives.png|thumb|left|''[[Pertempuran Gettysburg]]'', litograf oleh [[Currier and Ives|Currier & Ives]], ca. 1863]]
Perselisihan antara [[negeri hamba]] dan “negeri bebas” memuncak dengan perbalahan mengenai hubungan antara [[Hak negeri|kerajaan negeri dan persekutuan]], serta [[Bleeding Kansas|kekecohan]] gara-gara berleluasanya perhambaan ke negeri-negeri baru. [[Abraham Lincoln]], calon [[Parti Republikan (Amerika Syarikat)|Parti Republikan]] yang menentang keras perhambaan, dipilih untuk menjadi presiden pada tahun 1860. Sebelum beliau sempat mengangkat sumpah, tujuh negeri hamba mengisytiharkan pemisahan dari AS (walaupun dianggap tidak sah di sisi undang-undang oleh kerajaan persekutuan) lalu membentuk [[Negeri-negeri Gabungan Amerika]]. Selepas [[Pertempuran Fort Sumter|Fort Sumter diserang oleh Gabungan]], bermulalah [[Perang Saudara Amerika]] dan empat lagi negeri hamba yang menyertai Gabungan itu. [[Pengisytiharan Pembebasan]] oleh Lincoln pada tahun 1863 mengisytiharkan kebebasan kaum hamba di negeri-negeri Gabungan. Selepas kemenangan [[Kesatuan (Perang Saudara Amerika)|Kesatuan]] pada tahun 1865, tiga pindaan dibuat pada Perlembagaan AS untuk [[Pindaan Ketiga Belas Perlembagaan Amerika Syarikat|untuk menjamin kebebasan]] bagi hampor empat juga [[orang Amerika Afrika]] yang diperhambakan selama ini,<ref>{{cite web|url=http://www2.census.gov/prod2/decennial/documents/1860a-02.pdf|title=1860 Census|publisher=U.S. Census Bureau| ccessdate=2007-06-10}} Ms. 7 menyatakan jumlah penduduk hamba pada 3,953,760 orang.</ref> serta [[Pindaan Keempat Belas Perlembagaan Amerika Syarikat|memberikan kewarganegaraan]] dan [[Pindaan Kelima Belas Perlembagaan Amerika Syarikat|hak mengundi]] kepada mereka. Peperangan itu dan peleraiannya membawa kepada meningkatnya lagi [[Federalisme di Amerika Syarikat|kuasa persekutuan]] AS.<ref>De Rosa, Marshall L. (1997). ''The Politics of Dissolution: The Quest for a National Identity and the American Civil War''. Edison, NJ: Transaction, p. 266. ISBN 1-56000-349-9.</ref>
Baris 139 ⟶ 141:
 
=== Perang Dunia dan Kemelesetan Besar ===
{{Seesee also|Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat}}
 
[[Fail:Dust Bowl&nbsp; - Dallas, South Dakota 1936.jpg|thumb|left|Sebuah ladang yang terbiar di [[Dakota Selatan]] ekoran peristiwa [[Dust Bowl]], 1936]]
Pada saat meletusnya [[Perang Dunia Pertama]] pada tahun 1914, Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali. Ramai warga Amerika bersimpati dengan British dan Perancis, tetapi ramai juga yang tidak setuju AS campur tangan.<ref>Foner, Eric, and John A. Garraty (1991). ''The Reader's Companion to American History.'' New York: Houghton Mifflin, p. 576. ISBN 0-395-51372-3.</ref> Pada tahun 1917, Amerika Syarikat [[Pihak Berikat Perang Dunia Pertama|Pihak Berikat]] untuk membantu menumpaskan [[Kuasa Pusat]]. Selepas perang, Senat tidak meratifikasi [[Persetiaan Versailles]] yang menubuhkan [[Liga Bangsa-Bangsa]], sebaliknya mengamalkan dasar [[unilateralisme]] yang hampir-hampir [[dasar pemencilan|memencilkan negara]] daripada hal-ehwal dunia.<ref>McDuffie, Jerome, Gary Wayne Piggrem, and Steven E. Woodworth (2005). ''U.S. History Super Review''. Piscataway, NJ: Research & Education Association, p. 418. ISBN 0-7386-0070-9.</ref> Pada tahun 1920, pergerakan [[hak wanita]] menjayakan [[Pindaan Kesembilan Belas Perlembagaan Amerika Syarikat|pindaan perlembagaan]] yang memberikan [[Hak mengundi wanita di Amerika Syarikat|hak mengundi kepada wanita]]. Kemakmuran yang dinikmati pada [[Roaring Twenties|1920-an]] berakhir dengan [[Kejatuhan Wall Street 1929]] yang mencetuskan [[Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat|Kemelesetan Besar]]. Setelah dipilih menjadi presiden pada tahun 1932, [[Franklin D. Roosevelt]] bertindak melaksanakan dasar-dasar [[New Deal]] yang menguatkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Kejadian [[Dust Bowl]] pada tengah 1930-an menyebabkan ramai komuniti petani kemiskinan lalu mencetuskan gelombang baru penghijrahan ke arah barar.
[[Fail:1944 NormandyLST.jpg|thumb|Askar Divisyen Infantri Pertama Tentera A.S mendarat di Normandy pada [[D-Day]], 6 Jun 1944]]
Baris 147 ⟶ 149:
 
=== Perang Dingin dan politik bantah-membantah ===
{{Seesee also|Perang Dingin|Perang Vietnam}}
 
[[Fail:Martin Luther King&nbsp; - March on Washington.jpg|thumb|upright|[[Martin Luther King, Jr.]] menyampaikan ucapan "[[Saya Mempunyai Impian]]", 1963]]
Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Kesatuan berebut-rebut untuk kekuasaan dalam [[Perang Dingin]], mendominasi hal-ehwal ketenteraan Eropah melalui [[NATO]] dan [[Pakatan Warsaw]]. AS memupuk [[demokrasi liberal]] dan [[kapitalisme]], manakala pihak Soviet memupuk fahaman [[komunisme]] dan [[ekonomi terancang]] pusat. Kedua-dua pihak memberikan sokongan kepada kerajaan diktator serta melibatkan diri dalam [[perang proksi]]. Tentera Amerika melawan angkatan [[Republik Rakyat China|China Komunis]] dalam [[Perang Korea]] pada tahun 1950–53. [[Jawatankuasa Kegiatan Bukan Amerika House]] menjalankan siasatan berturut-turut terhadap unsur-unsur subversi haluan kiri, sementara Senator [[Joseph McCarthy]] menjadi tokoh sentimen anti-komunis utama.