Perbezaan antara semakan "Kugiran Masdo"

762 bait ditambah ,  2 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Kugiran Masdo''' (Jawi : كوڬيرن مسدو) merupakan kugiran yang berasal dari [[Malaysia]]. Masdo sebuah band yang memainkan muzik pop berasaskan 1960-an dan digubah mengikut cita rasa masa kini <ref>[https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/317804/kugiran-masdo-kian-mengharum Kugiran Masdo kian mengharum.] harian metro. Dicapai pada 25 Januari 2019.</ref>. Lagu mereka yang paling masyhur serta menaikkan nama kugiran Masdo ialah ''Bunga'' dan yang terbaru ''Dinda''.
 
Mereka memainkan muzik pop berasaskan 1960-an dan digubah mengikut cita rasa masa kini <ref>[https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/317804/kugiran-masdo-kian-mengharum Kugiran Masdo kian mengharum.] harian metro. Dicapai pada 25 Januari 2019.</ref>. Lagu mereka yang paling masyhur serta menaikkan nama kugiran Masdo ialah ''Bunga'', ''Bercanda Di Malam Indah'' dan yang terbaru ''Dinda''.
 
Kugiran ini juga telah mengeluarkan album pertama mereka iaitu ''Selamat Tinggal Pujaan'' pada November 2018. <ref>[https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2018/10/423948/showbiz-kugiran-masdos-physical-albums-selling-hot-cakes #Showbiz: Kugiran Masdo's physical albums selling like hot cakes.] news strait times. Dicapai pada 25 Februari 2019. (artikal dalam ''Bahasa Inggeris''.)</ref>
 
Pada 9 Februari 2019, Kugiran Masdo telah buat julung kalinya mengadakan ''showcase'' yang diadakan di Bentley Music Hall, Damansara. Seramai 1,000 lebih peminat hadir dengan memakai pakaian tema 60-an. Showcase tersebut diberi tema ''Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo'' kerana tujuan ia diadakan bagi pelancaran single baru band itu berjudul ''Dinda''. Seterusnya, terdapat tiga segmen bagi showcase tersebut dan kugiran Masdo menampilkan 17 lagu termasuk lapan lagu daripada album pertama mereka <ref>[https://www.hmetro.com.my/utama/2019/02/422079/malam-keramaian-dinda-kugiran-masdo Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo.] harian metro. Dicapai 25 Februari 2019.</ref>. Di samping itu, lagu single ''Dinda'' telah lama menjadi popular dikalangan peminat pada hujung tahun 2018 bahkan ramai peminat membuat ''cover'' dengan pelbagai versi untuk lagu tersebut <ref>[https://ohbulan.com/video-parady-dinda/ Ini 7 Video Parodi ‘Dinda’ Yang Menarik.. No. 7 Paling Kreatif!] oh bulan. Dicapai 1 Januari 2019.</ref>.
 
Pada 30 Mac 2019, Masdo merupakan antara band yang terlibat dalam Festival muzik ''Hot FM Big Jam'' yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Mereka akan membuat persembahan pada konsert segmen kedua yang akan bermula jam 7.45 malam bersama gabungan barisan artis senior dan muda yang lain iaitu Hujan, Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat dan lain - lain lagi <ref>[https://www.hmetro.com.my/rap/2019/03/436258/hot-fm-big-jam-berkonsepkan-festival-muzik Hot FM Big Jam berkonsepkan festival muzik.] harian metro. Dicapai pada 31 Mac 2019.</ref>.
 
==Ahli==
* [https://www.facebook.com/kugiranmasdo Kugiran Masdo] di Facebook
* [https://twitter.com/kugiranmasdo?lang=en Kugiran Masdo] di Twitter
* [https://www.youtube.com/channel/UCd8Lkc5xZOo7BS5RFB3L83Q Kugiran Masdo] di Youtube
* [https://tapau.tv/artists.php?cat=masdo Kugiran Masdo] di Tapau TV
 
*
 
[[Kategori:Kumpulan pop Malaysia]]
2,272

suntingan