Tanah Tinggi Cameron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 146:
Cameron Highlands terletak di bahagian [[Banjaran Titiwangsa]] yang merupakan tulang belakang bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Ketinggiannya berubah-ubah mengikut lokasi di antara 1 070 meter sehingga 2 031 meter dari paras laut.
 
Terdapat lapan buah gunung di Cameron Highlands. Gunung Batu Brinchang (2,031 meter), Gunung Berembun (1,840 meter), Gunung Irau (2,091 meter) yang merupakan puncak tertinggi di kawasan Cameron Highlands<ref name="irau">{{cite news |title=Gunung Bukan Tempat Berlumba, Mengejar Nama |date=22 April 2017 |newspaper=Bernama |url=http://youth.bernama.com/v2/news.php?id=1349885 |accessdate=5 Julai 2017}}</ref>, Gunung Jasar (1,696 meter), Gunung Mentigi (1,563 meter), Gunung Perdah (1,576 meter) dan Gunung Siku (1,916 meter). Gunung Swettenham (1,961 meter) pula terletak di atas sempadan negeri [[Kelantan]]. Di puncak Gunung Batu Brinchang pula, terdapat stesen radio dan televisyen dan stesen pemerhatian setinggi 15 meter<ref>{{cite book |last=L. Sharma |first=Munna |title=''My Amazing Life: Journey through Success'' |publisher= Partridge Publishing Singapore |year=2013 |isbn=978-1-48289-490-5}}</ref>. Terdapat juga hutan yang dipenuhi lumut yang dikenali sebagai ''Mossy Forest'' berdekatan gunung ini.
 
Cameron Highlands juga menjadi lokasi bagi 126 buah sungai dan anak sungai<ref name="sungai">{{cite news |title=Cameron rivers turned into dumps |date=4 Julai 2015 |newspaper=The Malay Mail Online |url=http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cameron-rivers-turned-into-dumps |accessdate=5 Julai 2017}}</ref>. Sungai utama adalah Sungai Bertam<ref name="sgbertam">{{cite news |title=Three Camerons rivers declared 'dead' |date=18 April 2017 |newspaper=The New Straits Times|url=https://www.nst.com.my/news/exclusive/2017/04/231620/three-camerons-rivers-declared-dead |accessdate=5 Julai 2017}}</ref>, Sungai Telom dan Sungai Lemoi. Lokasi sungai-sungai ini yang terletak di kawasan tanah tinggi berfungsi sebagai kawasan tadahan air bagi Sungai Pahang dan Sungai Perak. Secara keseluruhannya, kebanyakkan tempat di Cameron Highlands masih lagi dipenuhi hutan belantara (dianggarkan 71% kawasan dilitupi hutan). Banyak laluan hutan dibuka yang menawarkan pemandangan hutan yang menarik, air terjun serta perkampungan orang asli. Kebanyakkan laluan hutan ini bermula di [[Tanah Rata]].