Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
 
== Sejarah penubuhan ==
Pelantikan [[Mohd Asri bin Haji Muda|Datuk Mohd Asri Muda]] sebagai Menteri dalam Kabinet Persekutuan semasa kerajaan campuran yang sebelumnya menjadi sumber kekuatan PAS Kelantan memberikan kelebihan kepada UMNO untuk memperkukuhkan kedudukan parti tersebut dalam proses politik Kelantan. UMNO Kelantan menyedari parti tersebut berada di pihak yang lemah sekiranya PAS terus diberi peluang menerajui kerajaan negeri. Menyedari hakikat tersebut, UMNO tidak mempunyai pilihan lain kecuali melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberi keuntungan kepada UMNO tanpa mengubah struktur yang sedia ada. <ref>Mohd Ali Kamarudin. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan, 1946-1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004, hlm. 155-156</ref>
Pemecatan Mohamed Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam [[Barisan Nasional]]. Ketika itu PAS adalah sebuah parti komponen dalam BN.<ref>[http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121101/re_01/Punca-Pas-diceraikan-1977 Punca Pas ‘diceraikan’ 1977] Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil November 1, 2012</ref> Apabila PAS menarik diri daripada Barisan Nasional serta hilang penguasaan negeri [[Kelantan]], BERJASA yang baru ditubuhkan pula membentuk kerajaan gabungan dengan [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO).
 
Pada PRU-4 (1974), UMNO diperuntukkan sebanyak 13 kerusi, manakala PAS diberikan sebanyak 22 kerusi. Oleh itu, bagi memastikan UMNO mempunyai suara yang kuat dalam Kerajaan BN di negeri Kelantan, UMNO tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan Menteri Besar dari kalangan ahli PAS yang bakal dilantik itu boleh bekerjasama dengan parti tersebut. Bahkan, keadaan akan menjadi lebih baik lagi sekiranya Menteri Besar itu berada di bawah pengaruh UMNO. Jika ini berlaku, tindakan UMNO untuk melaksanakan agenda pambangunan di Kelantan akan menjadi lebih mudah, sekaligus dapat meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan. <ref name=":0">Mohd Ali Kamarudin. Penaungan Dalam Kepimpinan Politik Melayu UMNO Kelantan, 1946-1990. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2004, hlm. 156.</ref>
 
Berasaskan kepada perkiraan tersebut, UMNO Kelantan melalui [[Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah|Tengku Razaleigh]] yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Istana Kelantan telah mendekati dan melobi pihak Istana terlebih dahulu, sebelum pihak PAS mengemukakan calonnya kepada Sultan untuk diperkenankan. Memandangkan kuasa melantik Menteri Besar adalah merupakan kuasa Perdana Menteri, UMNO mengemukakan nama [[Muhamed bin Nasir|Muhammad Nasir]] sebagai calon Menteri Besar Kelantan yang baru.<ref name=":0" />
 
Sebelum PRU-4 (1974), Muhammad Nasir merupakan Timbalan Menteri Besar. Mengenai pencalonan Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar, Sultan juga turut dimaklumkan bahawa Tun Razak merestui pemilihan tersebut. Akibatnya, PAS melalui Asri Muda terpaksa bersetuju dengan cadangan UMNO bagi menjaga hubungan baik dengan Tun Razak dan turut didorong oleh hasrat ingin melihat perpaduan UMNO dan PAS terus berkekalan dalam BN. Tambahan pula, Muhammad Nasir juga merupakan ahli PAS walaupun Asri Muda terpaksa berpuas hati dengan pelantikan calon pilihannya iaitu Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Besar. <ref name=":0" /><ref>Zaidi Abdul Rahman dan Osman Md Rasib. Penglibatan BERJASA Dalam Pilihan Raya Umum Di Malaysia, 1977-2013. Dlm. Jurnal Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Demokrasi dan Pilihan Raya. Jilid 2. Bil 1, Januari – Disember 2013, hlm. 106.</ref>
 
Situasi berkenaan menjadi kemelut yang akhirnya telah menggugat perpaduan dalam PAS iaitu wujud satu pihak yang menyokong Asri Muda dan satu pihak lagi menyokong Muhammad Nasir. Tambahan pula, tindak tanduk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar dalam urusan politik dan pentadbiran negeri memberikan lebih banyak keuntungan kepada UMNO berbanding PAS. Berikutan itu, PAS Kelantan memaksa Muhammad Nasir meletak jawatan melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri pada 15 dan 16 Oktober 1977. Akibatnya, kedudukan BN tergugat setelah pihak UMNO menentang tindakan itu.<ref>Utusan Melayu, 16 Oktober 1977.</ref>
 
Selepas dipecat daripada PAS<ref>https://www.bharian.com.my/node/5160</ref>, Muhammad Nasir mengadakan mesyuarat bersama-sama pengikutnya dalam usaha menubuhkan parti baharu. Muhammad Nasir kemudiannya menubuhkan BERJASA pada Disember 1977 bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS setelah parti itu meninggalkan BN. BERJASA kemudiannya mengadakan kerjasama politik dengan UMNO bagi mengharungi PRU-5 (1978), terutamanya bertujuan untuk menentang PAS, khususnya di Kelantan. BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980. UMNO dan BERJASA bekerjasama erat untuk menjatuhkan PAS. Pembahagian kerusi DUN dan parlimen antara UMNO dan BERJASA dibuat dengan UMNO berjaya mendapat lebihan kerusi berbanding BERJASA. UMNO sebagai parti induk meletakkan lebih ramai calonnya dalam Pilihan Raya Negeri 1978. Faktor kekalahan PAS kepada UMNO di Kelantan pada pilihan raya tersebut adalah disumbangkan oleh kewujudan BERJASA yang menyokong UMNO dalam pilihan raya itu.<ref>Mahadzir Mohd Khir. Kuasa Melayu: Satu Analsisi Peralihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2012, hlm. 184.</ref>
 
Pada PRU-8 (1990) dan PRU-9 (1995), BERJASA bergabung dengan parti lain seperti PAS dan Semangat 46 dalam APU. Namun begitu, peranan BERJASA terlalu kecil dan hanya diperuntukkan satu kerusi sahaja bagi setiap pilihan raya tersebut. Pada pilihan raya berikutnya iaitu PRU-10 (1999), PRU-11 (2004) dan PRU-12 (2008), BERJASA tidak aktif dalam persada politik negara.
 
Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan BERJASA Edisi Baru 2009.
 
BERJASA telah menyertai Gagasan Sejahtera pada 23 September 2016 bersama dengan PAS dan [[Parti Ikatan Bangsa Malaysia|IKATAN]].
 
== Penglibatan dalam Pilihan raya Malaysia ==
'''Pilihan raya Negeri Kelantan 1978'''
 
Pilihan raya DUN Kelantan tahun 1978 merupakan pilihan raya pertama yang ditandingi oleh BERJASA. Pilihan raya ini diadakan setahun lebih awal dari masa yang sepatutnya setelah berlakunya krisis politik di Kelantan yang berakhir dengan pelaksanaan darurat. Pengalaman pertama menyertai pilihan raya bagi parti yang baru ditubuhkan dengan memperoleh 11 kerusi daripada 25 kerusi DUN merupakan pencapaian yang memberangsangkan bagi BERJASA. Bagi menghadapi PRU-5 (1978), Hussein Onn sebagai Pengerusi BN menjemput BERJASA menyertai BN. BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980.<ref>Utusan Zaman, 17 Ogos 1980.</ref>
 
Pilihan raya Negeri Kelantan 1978 telah menyaksikan kejatuhan pemerintahan PAS selepas 4 penggal. BERJASA yang diatur penubuhan dan kerjasama UMNO didaftarkan dalam tempoh yang pendek sebagai persiapan untuk PRN. Dalam PRN ini, UMNO telah mengaturkan pembahagian kawasan atau kerusi yang dipertandingkan sebagai satu kerjasama pilihan raya. UMNO dan MCA diperuntukan bertanding di 24 kerusi dan BERJASA pula 12 kerusi. 12 kerusi yang dikenal pasti kawasan selamat UMNO ditandingi oleh BN menerusi calon UMNO dan MCA, sementara kawasan 12 kawasan kubu PAS, dibiarkan BERJASA bertanding satu lawan satu dengan Pas. Baki 12 kerusi kelabu, BN bertanding bersama BERJASA menentang PAS dalam saingan 3 penjuru untuk memecahkan undi PAS.
Baris 33 ⟶ 51:
'''Pilihan raya Umum Malaysia 1982'''
 
Dalam Pilihan raya Umum Malaysia 1982, BERJASA diperuntukkan 12 kerusi yang ditandingi secara langsung dengan PAS dalam PRN 1978, atas tiket BN. Calon BERJASA mewakili BN hanya mampu bertahan 4 kerusi sahaja: Simpangan, Tendong, Tok Uban dan Peringat, dengan majoriti yang berkurangan. Calon BERJASA di Kemumin dan Salor, di samping calon UMNO di Selising hilang kelayakan bertanding, memberikan PAS menang tanpa bertanding di Kemumin dan Selising, sementara di Salor, PAS menang setelah mengalahkan calon bebas yang disokong UMNO.  
 
bertanding di 12 kerusi DUN serta satu kerusi parlimen
 
'''Pilihan raya Umum Malaysia 1986'''
Baris 45 ⟶ 65:
'''Pilihan raya Umum Malaysia 1995'''
 
Dalam Pilihan raya Umum Malaysia 1995, kerusi DUN Sungai Keladi yang ditukar nama selepas persempadanan 1993, DUN Kota Lama, yang ditandingi oleh Timbalan Presiden BERJASA, Yusoff Mohd Noor kalah kepada calon MCA. Selepas Semangat 46 membubarkan parti dan ahli-ahlinya menyertai UMNO, Angkatan Perpaduan Ummah terbubar sendirinya. Selepas daripada pembubaran APU, BERJASA bersendirian dan tidak aktif dalam politik pilihan raya.<ref>{{cite book |title=Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia |author=Michael Leifer |origyear=2001 |publisher=[[Taylor & Francis]] |isbn=0-415-23875-7 |page=73}}</ref>
 
Selepas daripada pembubaran APU, BERJASA bersendirian dan tidak aktif dalam politik pilihan raya.<ref>{{cite book |title=Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia |author=Michael Leifer |origyear=2001 |publisher=[[Taylor & Francis]] |isbn=0-415-23875-7 |page=73}}</ref>
 
Pada tahun 2009, pihak Jawatankuasa Pusat telah membuat rombakan dan menyusun semula Perlembagaan baru dengan nama Perlembagaan BERJASA Edisi Baru 2009.
 
'''Pilihan raya Umum Malaysia 2013'''
 
DalamParti Pilihanini rayamuncul Umumsemula Malaysiapada PRU-13 (2013,) BERJASAdengan telahpenampilan bertandingberbeza semulasetelah denganmembuat sokongankerjasama dengan NGO Islam iaitu [[Ikatan Muslimin Malaysia]] (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam. SemuaWalau calonbagaimanapun, tajaanprestasi BERJASA dan ISMA pada pilihan raya tersebut tidaklah memberangsangkan setelah kalah di semua 14 kerusi yang ditandingi serta hilang wang deposit <ref>[http://www.ismaweb.net/v4/2013/05/keputusan-pru13-bagi-7-tokoh-isma/ Keputusan PRU13 bagi 7 tokoh ISMA]. ISMA web. Capaian 7-5-2013</ref><ref>[http://www.sinarharian.com.my/politik/isma-tanding-pru13-guna-tiket-berjasa-1.132028 Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa]. Sinar Harian. Capaian 07-03-2013.</ref>
 
BERJASA dan ISMA menyatakan mereka menyertai ([[Pilihan raya umum Malaysia 2013|PRU-13]]) bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen. Meraka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi calon nya bukan Melayu seperti P009 [[Alor Setar]], P017 [[Padang Serai]], P072 [[Tapah]], P097 [[Selayang]], P109 [[Kapar]], P129 [[Seremban]] dan beberapa kerusi DUN di Kedah dan Selangor.<ref>[http://arusbaru.my/calon/ Senarai Calon ISMA atas tiket BERJASA, Arus Baru.]</ref>
 
Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan kuasa ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa yang paksi politiknya ialah nasib dan masa depan umat Melayu Islam di Malaysia tanpa mengambil kira blok politik mahupun sempadan kepartian.<ref>[http://www.sinarharian.com.my/politik/isma-tanding-pru13-guna-tiket-berjasa-1.132028 Isma tanding PRU13 guna tiket Berjasa]. Sinar Harian. Capaian 07-03-2013.</ref>
 
'''Pilihan raya Umum Malaysia 2018'''