Julia Rais: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 56:
Pada tahun 1980-an, fenomena fesyen, wajah dan nama dari [[dunia]] [[Barat]] sering menjadi keinginan masyarakat [[Malaysia]] pada waktu itu, terutamanya pelakon yang berwajah kacukan Inggeris atau dipanggil <i>pan-Asian</i> yang sentiasa menghiasi dunia lakonan Malaysia sehingga kini.
 
Julia Rais mula memasuki bidang lakonan pada lewat tahun 1980-an dengan permulaan kerjaya beliau sebagai [[pelakon]] [[iklan]] di [[televisyen]] iaitu salah sebuah produk [[UnileverP&G]], [[Rejoice]]. Setelah itu, beliau memasuki era lakonan dalam video klip dan menjadi watak Isabella dalam video klip kumpulan [[Search]] yang dikatakan sesuai dengan wajahnya seperti orang Barat. Dilihat pakej wajah dan bakat yang dikesan melalui video klip dan iklan, beliau mudah diterima masyarakat dan kebanyakan syarikat produksi mula menawarkan beliau untuk berlakon dalam beberapa cereka filem.<ref name=sejarahhidupjuliarais/>
 
Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti [[watak]] tambahan sebagai [[wartawan]] [[wanita]], Nina, dalam filem [[Hati Bukan Kristal]] arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi [[Driving School]] arahan [[Othman Hafsham]], filem cereka cinta [[Mira Edora]] arahan [[Zulkifli M. Osman]], [[Nadia (filem)|Nadia]] arahan [[Rahman Adam]] dan yang terakhir [[Suci Dalam Debu]] arahan Zulkeflie M. Osman.<ref name=profailjuliarais/>