Rejimen Semboyan Diraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 1:
'''Rejimen Semboyan DiRaja''' adalah satu unit [[bantuan tempur]] di dalam [[Tentera Darat Malaysia]]. Rejimen Semboyan DiRaja bertanggungjawab mengadakan dan mengekalkan saluran-saluran perhubungan untuk markas dan elemen-elemen taktikal [[Tentera Darat Malaysia]]. Rejimen Semboyan DiRaja juga dengan bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan [[peperangan elektronik]] dan [[sistem amaran awal]] untuk [[Tentera Darat Malaysia]].
 
==Sejarah Pembentukan==
 
Sejarah Rejimen Semboyan DiRaja bermula dengan penubuhan satu [[Terup]] Perhubungan di Depot Latihan [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]] di [[Port Dickson]] dalam tahun [[1949]]. [[Terup]] Perhubungan ini telah diasaskan dengan mengumpulkan anggota-anggota semboyan (pengendali radio ataupun ''radioman'') yang berkhidmat di dalam Batalion Pertama, Batalion kedua dan Batalion ketiga [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]] untuk di dalam [[Terup]] Semboyan .
 
Dengan pengembangan saiz dan pertambahan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh [[Terup]] Perhubungan, pasukan ini telah dinamakan [[Skuadron]] Semboyan [[Tentera Persekutuan]] (''Federation Signals Squadron''). Skuadron ini ditugaskan untuk memenuhi keperluan semboyan semua unit-unit [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]].
 
Skuadron Semboyan [[Briged]] [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] ditubuhkan apabila [[Briged]] [[Infantri]] [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] ditubuhkan dalam tahun 1952. Dengan pengukuhan, pertambahan peranan dan kepentingannya dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perhubungan Tentera Persekutuan, pasukan ini kemudiannya ditukarkan nama menjadi Rejimen Semboyan [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] (''Federation Signals Regiment''). Sehingga kini, tarikh penubuhan [[Skuadron]] Semboyan [[Briged]] [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] diraikan sebagai [[hari ulangtahun]] penubuhan Rejimen Semboyan DiRaja.
 
Rejimen Semboyan diberikan dgelaran “DiRaja” pada [[6 Jun]] [[1992]] oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Rejimen Semboyan, dan pasukan ini setrusnya dikenali dengan nama Rejimen Semboyan DiRaja.
 
Semua rekrut Rejimen Semboyan DiRaja menerima latihan asas ketenteraan mereka di [[Pusat Latihan Rekrut]] di [[Port Dickson]]. Latihan khusus pasukan Semboyan (''special-to-arm training'') diberikan di Sekolah Semboyan di Kem Sungei Besi (sebelumnya di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur). Sekolah itu adalah sekarang dikenali sebagai Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED).
 
==Kolonel Kehormat Dan Ketua Semboyan==