Tanah Melayu British: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 103:
Singapura Moden ditubuhkan oleh Sir [[Stamford Raffles]] dengan banyak bantuan daripada Mejar Farquhar. Sebelum menubuhkan Singapura, Raffles adalah Leftenan Gabenor Jawa dari 1811 hingga 1815. Pada tahun 1818, beliau dilantik sebagai Gabenor [[Benkulin]]. Menyedari bagaimana Belanda memonopoli perdagangan di [[Kepulauan Melayu]], Raffles yakin bahawa pihak British memerlukan sebuah tanah jajahan perdagangan yang baru untuk menentang kuasa perdagangan Belanda. Penyelidikan berbulan-bulan membawanya ke Singapura, sebuah pulau di hujung Semenanjung Melayu. Pulau ini diperintah oleh seorang [[temenggung]].
 
Singapura ketika itu di bawah penguasaan [[Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah]], Sultan Johor ke-17 & Sultan Lingga-Riau yang pertama, yangLingga-Riau pula dikuasai oleh pihak Belanda dan orang bangsawan Bugis. Oleh itu, baginda dan para pembesar tidak mungkin akan bersetuju dengan penubuhan sebuah pangkalan milik British di bumi Singapura. Walau bagaimanapun, Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana kekandanya, [[Sultan Hussain Shah|Tengku Hussain]] atau Tengku Long, yang telah lama meninggalkan tempat asalnya untuk hanya kerana untuk berkahwin dengan kekasih hatinya di Pulau Pinang. apabilaApabila Sultan Lingga-Riau, bapaayahanda mereka, mangkat pada tahun 1812. Menurut adat resam Melayu, seseorang putera mahkota harus berada di sisi sultan semasa sultan gering dan mangkat untuk melayakkan diridirinya menjadi pewaris raja yang sah. Tengku Abdul Rahman ketika itu berada di sisi bapaayahandanya merekasehingga ketikabaginda bapaSultan disahkan mereka mangkat. KekandanyaManakala kekandanya tidak berpuas hati dengan perkembangan itu sementaraakan temenggungtetapi dari pihak wangsa Temenggong di Singapura lebih sukamenyenangi akanuntuk berurusan dengan Tengku Hussein daripadaberbanding adiknya.
 
Pihak British mengakui Tengku Abdul Rahman buat pertama kali sebaik sahaja mereka berada di Melaka. Bagaimanapun, keadaan itu kemudian berubah. Pada tahun 1818, Farquhar melawat Tengku Hussein di Penyengat, sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan [[Bintan]], ibu kota Kepulauan Riau. Di sana, rancangan-rancangan baru disediakan dan pada tahun 1819, Raffles membuat perjanjian dengan Tengku Hussein yang menyatakan bahawa pihak British akan mengakui Tengku Hussein sebagai pemerintah Singapura yang sah jika baginda membenarkan mereka mengasaskan sebuah pos perdagangan di sana. Perjanjian itu yang diratifikasi pada 6 Februari 1819 juga menyatakan bahawa Tengku Hussein dan temenggung akan menerima gaji tahunan daripada pihak British. Dengan pertolongan Temenggung, Raffles berjaya bertolak dari Penyengat ketika berpura-pura 'memancing ikan'. Selepas ketibaannya di Singapura, baginda dilantik dengan segera sebagai Sultan Singapura yang rasmi.