Mahsuri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 60.53.132.96 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Teg: Undur
Baris 1:
'''Mahsuri binti Pandak Mayah''' merupakan seorang gadis kelahiran [[Langkawi|Pulau Langkawi]]. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Mayah dan Endah Alang pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
 
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.
 
==Kehidupan==
Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika [[Langkawi]] di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Mayah baru sahaja berhijrah ke Langkawi.