Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pengemasan.
Baris 17:
== Tatacara pencalonan ==
[[Fail:Nobel2008Literature news conference1.jpg|thumb|Pengumuman Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan di Akademi Sweden, Stockholm (2008)]]
 
Setiap tahun, [[Akademi Sweden]] menghantar borang permintaan pencalonan untuk Hadiah Nobel dalam [[Kesusasteraan]]. Kesemua ahli-ahli Akademi, ahli-ahli akademi dan persatuan kesusasteraan, profesor-profesor kesusasteraan dan bahasa, bekas pemenang Hadiah Nobel dalam kesusasteraan, dan presiden-presiden pertubuhan penulis dibenarkan menamakan seorang calon kecuali diri sendiri.<ref name='nobnoma'>{{cite web|url=http://nobelprize.org/nomination/literature/ |title=Nomination for the Nobel Prize in Literature | accessdate=13 Oktober 2007 | work=nobelprize.org}}</ref>
 
Beribu-ribu borang permintaan dihantar setiap tahun, memulangkan kira-kira 50 cadangan. Cadangan ini mesti diterima oleh Akademi sebelum 1 Februari, selepas itu dikaji oleh Jawatankuasa Nobel. Pada bulan April, senarai pencalonan dikurangkan kepada kira-kira 20 calon, dan pada musim panas dikurangkan kepada lima calon sahaja. Pada bulan-bulan berikutnya, dijalankan usaha mengkaji karya-karya calon yang layak tersebut. Pada bulan Oktober, tiba masanya ahli-ahli Akademi mengundi, dan calon yang meraih lebih separuh undian dinamakan pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan. Proses pemilihan undian ini tak banyak bezanya dengan Hadiah-Hadiah Nobel yang lain.<ref name='nobnomb'>{{cite web|url=http://nobelprize.org/nomination/literature/process.html | title=Nomination and Selection of the Nobel Laureates in Literature | accessdate=13 Oktober 2007 | work=nobelprize.org}}</ref>
 
Sejak julung kali dianugerahkan, hadiah wang tunainya ini sering berubah-ubah dan kini berada pada nilai 10 juta [[krona Sweden]].<ref name='prizemoneyref'>{{cite web|url=http://nobelprize.org/nobel_prizes/literature/amount.html |title=The Nobel Prize Amount | accessdate=13 Oktober 2007 |work=nobelprize.org}}</ref> Pemenangnya juga menerima sebutir pingat emas dan diploma Nobel serta diundang untuk bersyarah di "Minggu Nobel" di [[Stockholm]]; acara kemuncaknya ialah upacara penyampaian hadiah dan majlis jamuan pada 10 Disember.<ref name='lectureref'> {{cite web|url=http://nobelprize.org/award_ceremonies/ |title=The Nobel Prize Award Ceremonies |accessdate=13 Oktober 2007 | work=nobelprize.org}}</ref>