Hồ Chí Minh: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
== Penglibatan politik ==
Tidak lama selepas tamatnya [[Perang Dunia Pertama]] pada tahun 1919, Ho menyertai sebuah kelompok yang melobi menuntut penghentian eksploitasi pihak Perancis terhadap jajahan Vietnam di bawah nama samaran Nguyễn Ái Quốc ("Nguyễn si Patriot"); mereka sebelum ini pernah menulis banyak surat yang diterbit dalam akhbar-akbar yang mendokong kemerdekaan Vietnam. Kelompok Nguyễn Ái Quốc ini membentuk suatu pertimbangrayuan (''petisyen'' atau ''petisi'') yang mengemukakan tuntutan mereka untuk disampaikan dalam [[Persidangan Perdamaian Paris 1919|Persidangan Damai Versailles]] yang diadakan pada tahun sama. Surat yang menjelaskan tujuan ini turut dihantarkan kepada beberapa tokoh penting yang menghadiri persidangan tersebut, antaranya Perdana Menteri [[Georges Clemenceau]] dari Perancis dan Presiden [[Woodrow Wilson]] dari Amerika Syarikat. Walaupun timbang rayu tersebut langsung tidak mendapat sebarang pengiktirafan apatah lagi diakui oleh mana-mana pihak dalam persidangan tersebut, kelompok ini mula mendapat perhatian dalam kalangan penduduk sebagai tanda penentangan jajahan di Vietnam.<ref name="col" /><ref>{{cite book|last1=Huynh|first1=Kim Kháhn|title=Vietnamese Communism, 1925–1945|place=Ithaca, NY|publisher=Cornell University Press|year=1982|page=60}}<!-- ISBN ?? --></ref>
 
Pidato pertama Ho Chi Minh berbicara mengenai penentangan terhadap imperialisme yang melakukan tindak kekerasan di Vietnam. Pidato yang disampaikan pada tahun 1920 di sebuah kongres [[Parti Sosialis (Perancis)|Parti Sosialis Perancis]] tersebut bermaksud mengajak partai mendukung para penduduk jajahan Vietnam yang tertindas. Ho kemudian menjadi salah satu pendiri [[Parti Komunis Perancis]] memandangkan isu Indochina tidak dihiraukan kaum sosialis berbanding kaum komunis yang bersedia membantu dalam memperjuangkan suatu kebebasan nasional.<ref name="ny">[http://www.nytimes.com/learning/general/onthisday/bday/0519.html Obituary in ''The New York Times'', 4 September 1969.] Alden Whitman. Diakses pada 13 Agustus 2013.</ref>