Sharifah Amani: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Baris 70:
 
==Kontroversi==
Amani pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita menerusi ''[[filem Sepet|Sepet]]'' pada [[Festival Filem Malaysia]] ke-18 (FFM18). Amani atau lebih mesra sebagai Nani dinobatkan pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi [[filem Gubra]]. Sepet dan Gubra adalah arahan [[Yasmin Ahmad]]. Pada majlis ini juga tercetusnya kata-kata "It sound stupid when I speak in Malay" ketika diabeliau hendak memberi ucapan setelah memenangi anugerah ini. 'Publicity Stunt' ini mendapat liputan yang meluas sehingga mengundang komen-komen orang-orang kenamaan tertutamanya Menteri Kebudayaan, Dato' Seri Utama [[Rais Yatim]] sehingga menggelarkan dirinya amat kurang ajar. Namun, selang beberapa hari selepas insidennya itu, Sharifah Amani telah memohon maaf terhadap ketelanjuran kata-katanya. Namun, disebalik kontroversi tersebut beliau sebenarnya mencipta rekod sebagai pemenang termuda untuk kategori [[Pelakon Wanita Terbaik (FFM)]] kerana memenanginya ketika berusia 20 tahun, menewaskan rekod [[Erma Fatima]] (22 Tahun).<ref>{{Cite web|url=http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0815&pub=utusan_malaysia&sec=dalam_negeri&pg=dn_01.htm|title=Kenapa saya berucap bahasa Inggeris|date=15 August 2006|website=Utusan Online|access-date=2016-06-14}}</ref>
Pada tahun 2007, sekali lagi nama Amani mencetuskan kontroversi. Kali ini beliau dikecam apabila mengambil keputusan untuk membotakkan kepala bagi menenuhi tuntutan watak Rohani dalam filem [[Muallaf]] arahan Yasmin. Menerusi filem tersebut, Rohani digambarkan menjadi mangsa penderaan bapanya yang pemabuk dan mencukur rambut Rohani sehingga luka. Pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam turut menegur keputusan Amani untuk melakonkan babak itu. Menerusi peranannya dalam ''Muallaf'', beliau dicalonkan di beberapa festival antarabangsa termasuk Festival Filem Asia Pasific untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik tetapi filem itu tidak dipertandingkan di Festival Filem Malaysia.