Perbezaan antara semakan "Ahmad Tarmimi Siregar"

tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Ahmad Tamimi Siregar dilahirkan pada tahun 1950. Ahmad Tamimi Siregar merupakan seorang budayawan yang aktif pelbagai bidang kesenian yang turut merangkumi bidang tarian, muzik dan lakonan. Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula sejak zaman persekolahan. Bakat dan kewibawaan Ahmad Tamimi Siregar mula menonjol apabila beliau diberi kepercayaan untuk menerbit dan mengarahkan satu teater besar yang diasaskan daripada kesenian Randai sempena pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong Ke-10 ([[Negeri Sembilan]]) berjudul Kaba Kasih Menanti.
 
Ahmad Tamimi Siregar kemudiannya terbabit dalam bidang penerbitan genre drama tv dan filem seperti [[Permintaan Terakhir (filem)|Permintaan Terakhir]] di samping aktres utama- [[Uji Rashid]] (Merdeka Film Productions arahan Jamil Sulung-1975), [[filem Abang|Abang]] (Fleet Communication arahan Rahim Razali -1979), Drama TV Kabus (RTM-1991), Telemovie Ana Aishah (RTM-1992), dan Telemovie Sinar (RTM-1993).
 
Selain itu beliau turut terbabit dengan drama pentas seperti Wild Duck (1995) dan Muzika Rubiah (1999 & 2005).
306

suntingan