Tunku Ismail bin Tunku Yahaya: Perbezaan antara semakan

Menteri Besar Kedah ke-2
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 11:12, 16 September 2005

Tunku Ismail bin Tunku Yahaya dilahirkan pada 23 April 1907 di Kulim, Kedah dan berasal dari keluarga Di Raja Kedah. Beliau mendapat pendidikan asas di sekolah Melayu dan Inggeris serta lulus Senior Cambridge di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.

Tunku Ismail bin Tunku Yahaya pernah dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri Kedah sebelum dilantik sebagai Menteri besar Kedah. Tunku Ismail memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan sebagai Kadet Perkhidmatan Awam pada tahun 1926. Antara jawatan lain yang pernah disandang ialah sebagai Penolong Pegawai Tanah Kubang Pasu, Penolong Pegawai Daerah dan Tanah Sik, Ahli Majlis Perbadaran Kota Setar, Pegawai Tanah Kubang Pasu dan Pegawai Daerah dan Tanah Langkawi. Seterusnya beliau pernah dilantik sebagai "First Assistant Superintendent Monopolis and Customs Alor Setar", Pegawai Daerah Kulim, Pegawai Daerah Kuala Muda, Ketua Majistret Alor Setar dan 'Food Controller' Negeri Kedah.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan kemudian sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1948. Beliau memangku jawatan Menteri Besar Kedah dari tahun 1949 hingga tahun 1951 dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang kedua dari tahun 1954 hingga tahun 1959