Ekamatra (kugiran): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Eyedeal3108 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 76:
* Salilholdin yang juga seorang guru, merupakan orang yang banyak berjasa dalam kumpulan ini di mana beliau sendiri telah memberi nama ''Ekamatra'' untuk menggantikan nama asal iaitu ''Diamond Head''. Beliau jugalah yang memperkenalkan Ekamatra ke dunia muzik selain menjadi pengurus kumpulan ini.
* Shahrul, Nurul dan Pacai telah membentuk kumpulan yang dinamakan Eka dan menghasilkan sebuah album berjudul Kelahiran pada tahun 1992. Bagaimanapun, kumpulan ini juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kesemua mereka membawa haluan masing-masing.
* Eddie dan Rashib kemudiannya menubuhkan kumpulan yang dinamakan Kemala yang bernaung di bawah syarikat IzP dan menghasilkan sebuah album berjudul Kemala selepas Ekamatra berpecah. Sepertimana Eka, kumpulan ini juga tidak dapat bertahan lama dan akhirnya kesemua mereka membawa haluan masing-masing.
* [[Rahmat Ekamatra|Rahmat]] telah menubuhkan kumpulan muzik baharu yang diberi nama RAHMAT pada tahun 1991. Lagu hitsnya, ''Rajuk'' dan ''Menanti Kasih Di Hujung Hari'' telah melonjakkan nama Rahmat di persada muzik tempatan setelah meninggalkan Ekamatra. Malangnya, kumpulan ini terpaksa dibubarkan selepas album yang berjudul ''RAHMAT'' dikeluarkan dan beliau kemudiannya meneruskan kerjaya secara solo. Kini, nama beliau terpahat sebagai salah seorang penyanyi lelaki terbaik Malaysia dalam genre balada dan pop rock.
* Shahrul, Eddie dan Pacai juga meneruskan karier dalam bidang muzik. Mereka kini merupakan antara pemuzik handalan yang berpengalaman serta seringkali menjadi pilihan penyanyi-penyanyi ternama untuk mengiringi persembahan pentas. Mereka juga kerap menjadi ''sessionist'' dan juga penggubah lagu.
* Shahrul pernah menghasilkan sebuah album solo gitar bertajuk Transfigurasi pada tahun 1995. Beliau juga kerap mengendalikan kelas-kelas untuk peminat yang ingin mempelajari teknik bermain gitar.
* EddieSelepas AhmadKemala berpecah, Eddie kemudiannya menganggotai kumpulan pop rock terkenal Malaysia, [[Kumpulan Slam|Slam]] dalam album studio kedua mereka yang berjudul ''[[Kesan Terbukti]]'' pada tahun 1994. Hal ini disebabkan [[Shah Nizam bin Halim|Shah]] menyedari bahawa lagu-lagu Slam memerlukan penggunaan keyboard dan beliau ditugaskan sebagai pemuzik undangan pada ketika itu. Selepas kejayaan album tersebut, barulah Eddie diserap sebagai anggota tetap Slam.
* Eddie juga merupakan salah seorang ''sessionist'' tetap bersama 2 orang bekas anggota kumpulan [[Bloodshed]], Opie & Rawita yang membantu kumpulan [[Kumpulan Fotograf|Fotograf]] dalam penghasilan lagu-lagu mereka bermula dari album ketiga pada tahun 1994. Ini disebabkan Fotograf hanya tinggal 3 orang anggota sahaja iaitu Shamrin (vokal), Almi (gitar) & Ringgo (dram) berikutan krisis dalaman yang menyebabkan dua anggotanya iaitu Shahrul@Abul (gitar utama) & Said (bass) meninggalkan kumpulan tersebut.
* Pacai kini antara komposer dan penggubah lagu terkenal tanahair. Beliau juga kerap diberi tugas menggarap album runut bunyi untuk filem-filem tempatan.