Perbezaan antara semakan "Pinisi"

68 bait ditambah ,  1 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
k
[[Fail:Pinisi-10.JPG|thumb|Gambar Pinisi jenis Lamba]]
[[Fail:Ship-IMG_3429.JPG|kiri|thumb|Pinisi Lamba berenjin]]
'''Pinisi''' ialah sejenis [[kapal layar]] tradisional khas asal [[Indonesia]], yang berasal daripada [[Orang Bugis|Suku Bugis]] dan [[Suku Makassar]] di [[Sulawesi Selatan]] tepatnya di desa Bira kecamatan Bonto Bahari Kabupaten Bulukumba sebagai sentra pembuatan. Namun, asal mula kapal Pinisi ini masih simpang siur. Pinisi sebenarnya merupakan nama layar. Kapal ini umumnya mempunyai dua tiang layar utama dan tujuh buah layar, iaitu tiga di hujung hadapan, dua di hadapan, dan dua di belakang; umumnya digunakan untuk pengangkutan barang antara pulau.<ref>[//id.wikipedia.org/wiki/Kamus_Besar_Bahasa_Indonesia Kamus Besar Bahasa Indonesia]. Edisi Ketiga. Jakarta: Balai Pustaka, 2002.</ref> Dua tiang layar utama tersebut berdasarkan dua kalimah syahadah dan tujuh buah layar merupakan jumlah daripada surah Al-Fatihah.{{Citation needed}} Pinisi ialah sebuah kapal layar yang menggunakan jenis layar sekunar dengan dua tiang dengan tujuh helai layar yang dan juga mempunyai makna bahawa nenek moyang bangsa Indonesia mampu mengharungi lima lautan besar di dunia.{{Citation needed}} Pinisi ialah kapal layar tradisional Bugis terbesar, dan merupakan perahu layar tradisional Indonesia yang terbesar sejak menghilangnya [[Jong Melayu|jong]] gergasi.<ref>{{Cite book|title=Antropologi Dan Sejarah Dalam Kearifan Tempatan|last=Zainun|first=Nazarudin|publisher=Penerbit USM|year=2015}}</ref>
 
== Sejarah ==
 
=== Menurut kajian ===
Pada abad ke-19, para pelaut Sulawesi mula menggabungkan layar-layar persegi panjang besar dari [[Layar tanja|layar tanjaq]] dengan jenis-jenis layar hadapan dan belakang yang mereka lihat di kapal-kapal Eropah yang berkeliaran ke Nusantara. Sejak awal abad ke-18, VOC mula membina kapal-kapal bergaya Eropah untuk dagangan antara Asia di limbungan-limbungan Jawa, sehingga terus memperkenalkan kaedah pembinaan dan ''rig'' baru, termasuk versi belanda dari layar depan dan belakang yang baru. Selama abad ke-19, tentera/ketenteraan laut kolonial dan syarikat dagangan Eropah, India, dan China mengoperasikan sekunar Barat yang bilangannya terus meningkat; tetapi, walaupun laporan sejak awal tahun 1830 menyebutkan perahu, “sekunar dengan layar kain”, digunakan oleh 'lanun laut' yang beroperasi di Selat Melaka.
 
Pinisi berevolusi daripada lambung dasar [[padewakang]] dengan layar hadapan dan belakang ke model lambungnya sendiri dengan "layar pinisi" pribumi. Selama dekad-dekad evolusi ini, para pelaut Indonesia dan pembangun kapal mengubah beberapa fitur daripada sekunar barat yang asli. Pinisi asli Sulawesi pertama dibangunkan untuk kapten Biran oleh orang-orang Ara sekitar tahun 1900.
898

suntingan