Mikrofon: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Pengembangan hasil pengembalian dan penyatuan dengan kandungan bahasa Melayu Indonesia
Baris 23:
 
=== Mikrofon kondenser (mikrofon berkapasitor) ===
Mikrofon ini mempunyai suatu diafragma logam yang digantungkan pada sebuah pelat logam yang berkedudukan jarak sangat dekat; gegendang sbegini bertindak sebagai [[Pemuat|kapasitor]], dengan getaran yang dihasilkan mengubah-ubah jarak antara plat dalaman lalu mengubah nilai [[Kapasitans|kapasitansi]] secara berubah-ubah. Mikrofon jenis ini memerlukan tegangan [[arus terus]] tetap serta dihubungkan ke sebuah diafragma dan pelat statik melalui sebuah [[Perintang|resistor]] beban, sehingga tegangan mikrofon dapat berubah-ubah seiring perubahan tekanan udara yang terjadi akibat getaran suara.
Gegendang mikrofon bertindak sebagai [[Pemuat|kapasitor]], dengan getaran yang dihasilkan mengubah-ubah jarak antara plat dalaman.
 
=== Mikrofon piezoelektrik (mikrofon kristal) ===
Mikrofon jenis ini mengguna pakai sifat [[piezoelektrik]]—yakni kebolehan sesetengah bahan menghasilkan voltan apabila dikenakan tekanan—untuk menukarkan getaran bunyi kepada isyarat elektrik.
 
=== Mikrofon pita ===
Mikrofon pita menggunakan pita logam yang nipis dan berlipat tergantung dalam sebuah medan magnetik. Pita ini dihubungkan secara elektrik kepada output mikrofon, dan getaran pita dalam medan magnet menghasilkan isyarat elektrik. Mikrofon pita yang asas mengesan bunyi dalam pola dwiarah kerana sifat pita yang terbuka pada dua sisinya. Jisim pita yang sedikit menyebabkan mikrofon jenis ini lebih bertindak balas kepada kelajuan udara berbanding [[tekanan bunyi]]. 
 
Mikrofon ini tidak memerlukan sebarang penjanaan kuasa daya mahupun sumber tetap (seperti [[bateri]]) dalam pengoperasiannya.
 
== Rujukan ==