Kota Marudu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
RahsiaAlam (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 48:
==Sejarah==
{{Pengesahan-bhg|date={{CURRENTMONTHNAME}} {{CURRENTYEAR}}}}
Orang-orang Bajau-Suluk yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.
 
Nama Marudu atau Marudu mula dipetakan oleh seorang ahli pelayaran Belanda pada tahun '''1595''' yang belayar dari Brunei melalui Marudu menuju ke Palawan dan seterusnya ke Pulau Sulu. Sewaktu di perairan Marudu beliau telah menemui orang-orang Bajau -Suluk atau Banaran atau digelar juga oleh orang Sepanyol sebagai "Camucones" yang menjadi askar laut kerajaan Brunei dan Sulu ketika itu. Orang-orang Bajau-Suluk juga menamakan beberapa tempat di kawasan Teluk Marudu menggunakan bahasa mereka, antaranya ialah " Matunggong" ( bererti di hujung pulau kecil dari kata '''Ma Tong Gong''' iaitu sebuah pulau kecil di muara sungai Matunggong di Teluk Marudu), Bak-Bak ( bererti tempat berjumpa dari kata '''"Bak ",''' iaitu sekarang Pantai Bak-Bak di Kudat ), '''Bulih Adjung''' ( bererti buritan kapal jong dari dua kata iaitu Buli dan Adjung, sebuah tempat berhampiran sungai Tandek, Kota Marudu ),Sampang mangayau ( bererti menemui orang untuk beradu kekuatan, dari kata Sampang dan kata Mangayau ), Malubang dari kata '''"Ma Lobong"''' yang bererti "di tempat yang ada kuburan", Tombarungus ( dari kata '''"Tong Ma Ungus"''' yang bererti "Tanjung Pasir " )dan banyak lagi nama-nama tempat di perairan Teluk Marudu berasal dari perkataan Bannaran.