Keretapi Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Slainthayer (bincang | sumb.)
Slainthayer (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 23:
Pada 1882, kerja pembinaan landasan yang menghubungkan Port Swetthenham dan Kuala Lumpur telah dimulakan oleh Firma Hill and Rathbone. Jurutera untuk projek ini adalah Arthur Spence Moss. Pembinaan landasan ini siap dan digunakan secara rasmi pada 15 September 1886.
 
Di Selangor, pembinaan landasan kereta api giat dijalankan sejak 1889 antara Kuala Lumpur dan Ulu Selangor.{{sfnm|Mohamed|1985|p=25}} Jajaran kereta api antara Kuala Lumpur dan Rawang melalui Persimpangan Batu dibuka pada 7 November 1892. Kemudian, jajaran antara Rawang dan Serendah dibuka pada 10 Julai 1893 dan diikuti dengan pembukaan jajaran antara Serendah dan Kuala Kubu Bharu pada 6 Oktober 1894.{{sfnm|Mohamed|1985|p=55}}
Landasan kereta api ini memiliki beberapa stesen kecil ini seperti Klang, Padang Jawa, Batu dan Petaling.
 
Dengan menggunakan kereta api, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Klang sepanjang 35 kilometer cuma mengambil masa 1 jam. Sebelumnya, perjalanan mudik menyusuri sungai klang akan mengambil masa 10 ke 15 hari menggunakan perahu dagang jika air tohor, dan sekitar 4 ke 5 hari jika air dalam.