Shahz Jaszle: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
Jejaka campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu ini sebenarnya telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006. Bermula dengan program TV ''Naratif Remaja'' terbitan RTM sehinggalah drama bersiri ''Tari Tirana'' yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali.
 
Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang [[tukang masak]]chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus perhotelan dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. Tidak pernah terlintas dalam kepalanya untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program ''Naratif Remaja'' tetapi dia pula disuruh mencuba dan akhirnya terpilih. Sejak itu beliau mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama aktif mendapat tawaran peragaan.
 
Ketika menuntut, anak kelima daripada tujuh beradik ini pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon siri TV ''Luna Fantasiku'', baru kerjaya lakonan beliau semakin stabil dan seterusnya mendapat tawaran drama ''Tari Tirana'' yang memperkenalkan lagi namanya.