Tulisan Kanji: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Masgatotkaca (bincang | sumb.)
k senarai rujukan
k clean up menggunakan AWB
Baris 6:
== Sejarah ==
{{Table Hanzi}}
Terdapat percangahan pendapat mengenai permulaan penggunaan huruf Cina di [[Jepun]], namun pakar bahasa bersepakat menerima pendapat bahawa [[sami]] [[Buddha]] membawa tulisan Cina ke Jepun sekitar [[abad ke-5]], dan ia dibaca dalam [[bahasa Cina]]. Secara beransur-ansur, sistem yang dikenali sebagai ''[[kanbun]]'' (漢文漢文) muncul: ini merupakan teks Cina dengan [[tanda diakritik]] untuk membenarkan penutur bahasa Jepun membacanya menurut peraturan [[tatabahasa]] Jepun.
 
Bahasa Jepun itu sendiri tidak mempunyai bentuk tulisan. Akhirnya sistem tulisan yang dikenali sebagai ''[[manyogana]]'' (digunakan dalam antologi sastera silam ''[[Manyoshu]]'') berubah yang menggunakan bentuk set kanji terbatas untuk nilai [[fonetik]] sahaja, bukannya untuk nilai [[semantik]], yang diperlukan untuk menulis sastera Jepun. Manyogana yang ditulis dalam gaya [[tulisan kursif|sambung]] menjadi ''[[hiragana]]'', sistem tulisan yang digunakan oleh wanita (yang dinafikan [[pengajian tinggi]]). Hasil karya [[kesasteraan]] wanita era [[Heian]] ditulis menggunakan hiragana. ''[[Katakana]]'' muncul melalui laluan yang sama: pelajar [[monasteri]] memudahkan ''manyogana'' kepada unsur kandungan konstituen tunggal. Hiragana dan katakana dirujuk bersama sebagai ''[[kana]]''.
Baris 13:
 
==Pembacaan==
Oleh sebab cara tulisan kanji diserap ke dalam bahasa Jepun, sesuatu kanji boleh digunakan untuk menulis satu atau lebih perkataan (atau [[morfem]]) yang berlainan. Dari sudut pandangan pembaca, kanji boleh mempunyai satu atau lebih "sebutan". Sebutan aksara itu bergantung kepada konteks, maksud, kegunaan dalam gugusan, dan juga kedudukan dalam ayat. Sesetengah kanji kegunaan am mempunyai sepuluh atau lebih sebutan yang berlainan. Bacaan-bacaan ini biasanya terbahagi kepada ''on'yomi'' atau ''kun'yomi'' <ref> [[Hary Gunarto]], Building [http://gunarto.org/kanji/kanji.php Kanji] Dictionary as Basic Tool for Machine Translation in Natural Language Processing Applications, Journal of Ritsumeikan Studies in Language and Culture, April 2004, 15/ 3, 177-185 </ref>.
 
===''On'yomi'' (Bacaan berdasarkan Bahasa Cina)===