George Town, Pulau Pinang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
tukar bendera yang lebih tepat
CyberTPBOT (bincang | sumb.)
k Baiki ejaan, replaced: Istirehat → istirahat menggunakan AWB
Baris 95:
'''George Town''' (juga disebut sebagai "Tanjung" dan "Town" oleh masyarakat tempatan) ialah bandaraya metropolitan Pulau Pinang, Malaysia yang tertua selepas Melaka serta [[ibu negeri]] kepada [[Pulau Pinang]] di timur lautnya. George Town juga disambung dengan feri dan jambatan ke [[Butterworth]] dan [[Ipoh]] berfungsi sebagai pusat perniagaan dan perdagangan tanah air. Ibu negeri ini juga merupakan bandaraya pertama di Malaysia. Majlis Bandaraya George Town diberi nama Majlis Bandaraya Pulau Pinang. Sekarang, George Town pun telah menjadi bandaraya lama negara separti [[Bandaraya Melaka]].
 
Dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten [[Francis Light]] dan dimodenkan oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, George Town mempunyai bilangan penduduk melebihi 500,000 orang{{fact}}, menjadikannya bandar raya terbesar di utara Malaysia dan bandaraya wilayah utara. Bandar-bandar [[satelit]] George Town termasuklah [[Air Itam]], [[Bayan Lepas]], [[Glugor]], [[Jelutong]], [[Sungai Dua]], [[Sungai Nibong]], [[Tanjung Tokong]] dan [[Tanjung Bungah]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] yang merangkumi bandar-bandar satelit di Pulau Pinang termasuklah [[Butterworth]], [[Kepala Batas]], [[Bukit Mertajam]] dan [[Sungai Bakap]] di [[Seberang Perai]]. [[Zon Metropolitan Georgetown]] merangkumi sebahagian daripada kawasan selatan Kedah kerana negeri Pulau Pinang adalah kecil (1048 &nbsp;km<sup>2 </sup>), iaitu hanya hampir separuh daripada keluasan Daerah Johor Bahru iaitu 1816 &nbsp;km<sup>2</sup>. Terdapat juga hotel-hotel berada di tepi pantai untuk bermandi-manda di Pulau Pinang.
 
George Town juga diumumkan sebagai Bandar [[Tapak Warisan Dunia]] di Malaysia oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan cuti negeri diamalkan serupa Melaka bagi menggantikan cuti Hari Kelahiran TYT Yang Dipertua Negeri yang jatuh pada hari Sabtu setiap tahun. Terminal bas 'Rapid' turut terletak di sini. Kaum majoriti di ibu negeri ini ialah kaum Cina. George Town juga merupakan tempat pelancongan orang barat sampai ke Batu Feringgi. Bilangan Sekolah Menengah Cina paling banyak di Malaysia juga terletak di George Town.
Baris 104:
 
==Sejarah bandar raya==
Georgetown pernah menjadi bandar raya terpenting di [[Semenanjung Malaysia]] dengan memainkan peranan sebagai pusat kewangan dan pelabuhan, iaitu sebelum pembangunan [[Kuala Lumpur]].
 
Sebelum 1 Januari 1957, Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang telah diwujudkan di bawah peruntukan Ordinan Perbandaran Negeri-negeri Selat (Capt.133) dan Enakmen Lembaga Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Capt.137). Status Bandar Raya telah diberikan kepada George Town (Royal Charter By Queen Elizabeth II Sovereign of United Kingdom) pada 1 Januari 1957.
 
Pada 1 Januari 1974, Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 10, Akta Kerajaan Tempatan, Peruntukan-peruntukan Sementara 1973) telah mengisytiharkan percantuman Majlis Bandaraya George Town dan Majlis Daerah Luar Bandar Pulau Pinang lalu dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan. Seterusnya pada 15 Disember 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Pulau Pinang telah digantikan dengan nama [[Majlis Perbandaran Pulau Pinang]] dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
 
Pihak Berkuasa Negeri Pulau Pinang telah bersetuju pada 25 Jun 2010 agar Majlis Perbandaran Pulau Pinang dinaik taraf kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang berpandukan peruntukan bawah seksyen 4(2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Sehubungan dengan itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan meluluskan cadangan persempadanan baru kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Dengan itu, pada 28 Mac 2013 Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen 4(3) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya secara pemberitahuan melalui Warta bahawa sempadan kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang diubah dengan menambah kawasan tebus guna.
 
Selaras dengan itu, pihak Kerajaan Negeri telah membentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Saiz Perkhidmatan Awam pada 9 April 2014 mengenai penambahan sempadan (tebus guna) kawasan Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu sebanyak 8.773km773&nbsp;km persegi menjadikan keluasan Majlis kini 305.773 &nbsp;km persegi (asal 297 &nbsp;km persegi). Pembentangan tersebut juga merangkumi penambahan jawatan sebanyak 388, menjadikan jumlah perjawatan kini sejumlah 3964 (asal 3576). Pengiktirafan [[Majlis Bandaraya Pulau Pinang]] memperlihatkan penambahan 4 jabatan baru iaitu Jabatan Landskap, Jabatan Warisan, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Permbersihan Awam.
 
Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 7 November 2014 telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengubah sempadan MPPP dan seterusnya menaik taraf MPPP kepada MBPP. Selaras dengan itu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pengisytiharan MPPP kepada MBPP berkuatkuasa 1 Januari 2015 pada 10 Mac 2015 .<ref>https://www.facebook.com/pages/Majlis-Bandaraya-Pulau-Pinang-MBPP/824716250937723?sk=info&tab=page_info</ref>
Baris 227:
=== Udara ===
 
[[Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang]], 16 &nbsp;km dari selatan bandar raya Georgetown memberi kemudahan penerbangan antarabangsa ke [[London]], [[Hong Kong]], [[Singapura]], [[Medan]], [[Taipei]], [[Bangkok]], [[Seoul]], [[Riau]], Xiamen, dan Guangzhou. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah:
 
*Kaunter Daftar Masuk (32)
Baris 263:
}}
[[Imej:Penang_airport_checkin.jpg|thumb|right|250px|Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang]]
 
 
=== Darat ===
 
*Bandar raya Georgetown dihubungkan dengan dengan tanah besar Semenanjung Malaysia melalui [[Jambatan Pulau Pinang]] yang disiapkan pada tahun [[1985]]. Dengan panjangnya sebanyak 13.5 kilometer, jambatan ini merupakan salah satu jambatan yang terpanjang di wilayah [[Asia]].
*[[Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu]] menghubungkan bandar raya George Town dengan Batu Maung. Lebuh raya sepanjang 17.84 &nbsp;km (11.09 batu) ini terletak di sepanjang pantai timur Pulau Pinang, yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Lebuh raya ini dinamakan semula pada 7 Disember 2010 [1] sempena menghormati bekas Ketua Menteri kedua Pulau Pinang yang juga merupakan 'Arkitek Pulau Pinang Moden', Tun Dr Lim Chong Eu yang meninggal dunia pada 24 November 2010.
*[[Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara]] Exit 161 Persimpangan Georgetown
*[[Jambatan Kedua Pulau Pinang]]
*[[Lingkaran Luar Pulau Pinang]] dalam perancangan
 
 
=== Laut ===
Baris 302 ⟶ 300:
==Pusat membeli-belah==
*Gurney Plaza
*[[Queensbay Mall]] 7km7&nbsp;km dari Pusat bandar raya
*Island Plaza
*[[Menara KOMTAR]]
Baris 318 ⟶ 316:
* Penang Plaza
* Sunshine Farlim
* Sunshine Square Bayan Baru 7km7&nbsp;km dari Pusat bandar raya
* [[Kompleks Bukit Jambul]], 8 &nbsp;km dari Pusat bandar raya
[[Fail:Komtar.jpg|thumb|250px|Menara KOMTAR]]
[[Fail:Queensbay Mall, Penang, Malaysia.JPG|thumb|250px|Quensbay Mall]]