Kelembapan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 52:
== Mengapa kelembapan kurang daripada 100% apabila hujan ==
Kelembapan adalah ukuran jumlah wap air yang larut dalam udara, tidak termasuk sebarang air atau ais yang jatuh melalui udara. Bagi [[awan]] untuk terbentuk dan [[hujan]] untuk turun, udara perlu mencapai kelembapan bandingan 100%, tetapi hanya pada tempat awan terbentuk atau hujan turun. Ini biasanya berlaku apabila udara naik dan menyejuk. Kebiasaannya, hujan turun ke dalam udara yang kurang daripada kelembapan tepu. Sebahagian air daripada hujan itu mungkin menyejat ke dalam udara sebaik sahaja ia turun, lalu meningkatkan kelembapan, tetapi tidak semestinya cukup untuk menaikkan kelembapan kepada 100%. Malahan adalah mungkin bagi hujan yang turun melalui udara yang panas dan lembap untuk sejuk cukup untuk merendahkan suhu udara kepada [[takat embun]], dengan itu memeluwapkan wap air di udara. Walaupun itu akan menaikkan kelembapan bandingan kepada 100%, air yang hilang daripada udara (sebagai embun) juga akan ''merendahkan'' kelembapan mutlak.
 
== Kelembapan dan ketumpatan udara ==
 
Udara lembap kurang tumpat berbanding udara kering kerana molekul air lebih ringan daripada molekul [[nitrogen]] dan [[oksigen]]. [[Isaac Newton]] menemui fenomena ini dan telah menulis mengenainya dalam bukunya ''Opticks''.<ref name="optics">
{{cite book
|author=Newton, Isaac
|url=http://books.google.com/books?id=iTpXLrPR2TQC&printsec=frontcover&dq=isaac+newton+optics
|publisher=Dover
|title=Opticks
|date=1704
}}
</ref>
[[Hukum gas ideal]] Avogadro menyatakan bahawa satu isipadu gas yang tetap pada suhu dan tekanan yang tertentu sentiasa mengandungi bilangan molekul yang sama tanpa mengira apa pun jenis gas itu. Pertimbangkan satu meter padu udara kering. Lebih kurang 78% molekul adalah nitrogen (N<sub>2</sub>), dengan berat molekul sebanyak 28. 21% molekul lagi adalah oksigen (O<sub>2</sub>), dengan berat molekul sebanyak 32. 1% terakhir adalah campuran gas-gas lain. Gabungan berat-berat ini dalam perkadaran yang betul akan memberikan berat molekul purata bagi udara lebih kurang sebanyak 29. Jika molekul wap air (H<sub>2</sub>O), yang berat molekulnya sebanyak 18, menggantikan molekul nitrogen atau oksigen diatomik dalam isipadu yang tetap ini maka berat udara akan berkurangan, dan oleh itu ketumpatan pun berkurangan. Jadi, udara lembap mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding udara kering pada suhu dan tekanan tertentu.
 
==Rujukan==