Uji Rashid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
→‎Kesinambungan Karier: Pelbagaikan tatabahasa
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51:
Penyanyi bukan Melayu terkenal tanahair- [[Francesca Peter]] juga pernah mengundang [[Uji Rashid]] merakamkan sebuah lagu dengannya sebagai '''tribute''' beliau buat Biduanita lagenda ini (Fran sendiri juga merupakan seorang peminat setia). Lagu tersebut karya [[Julfekar]] merupakan satu kolaborasi yang padu dan menyentuh jiwa (biarpun tidak ramai yang tahu) berjudul "Suatu Saat Dulu"; dimuatkan dalam album Fran- ''[[Masih Merindu]]'' (2005). Suara yang dilontarkan [[Uji Rashid]] selain kekal manja dan mersik, jelas begitu mendayu dan sayu dalam lagu tersebut.
<ref>[[youtube]] [https://youtube/7mt7c6Eha9A] "Suatu Saat Dulu" oleh Uji&Fran</ref>
 
Penyanyi alaf baru, [[Yuna]] yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat juga pernah menyatakan hasratnya untuk mendapatkan khidmat penyanyi senior ini; menyampaikan lagu ciptaan beliau- '''Terukir di Bintang''' pada [[Anugerah Juara Lagu]] tahun 2013. Ketika itu Yuna tidak dapat bertanding atas faktor komitmen kerjanya di negara "Uncle Sam" tersebut. Yuna sekeluarga mengatakan yang Uji Rashid merupakan penyanyi '''idola''' mereka dan satu-satunya calon paling tepat membawakan lagu bernada sebegitu menggantikan Yuna. Bagaimanapun, sedikit kontroversi terpalit bilamana Uji Rashid digugurkan daripada membuat persembahan pada saat-saat akhir atas faktor kesihatan. Sebagai penyanyi berpengalaman, Uji Rashid telah menangani isu tersebut secara profesional dengan melalui saluran yang betul biarpun dikecam teruk oleh sekumpulan [[netizen]].
 
Di samping berterusan menerima undangan menyanyi sehingga kini, Uji Rashid juga pernah terbabit dalam program hiburan sukaramai 80an iaitu [[Mekar Sejambak]] dan [[Hiburan Minggu Ini]]; bersama-sama antara lainnya penyanyi [[Ahmad Fauzee]] dan [[Shah Rezza]].
 
Dianggarkan sudah ratusan drama tempatan yang dibintangi oleh Seniwati Uji Rashid (hampir kesemuanya adalah '''watak utama wanita''' selain undangan) bermula pada tahun 1980an. Wajah jelitanya tidak putus-putus menghiasi kaca televisyen Malaysia melalui slot-slot drama terkenal pada waktu itu. Uji Rashid selayaknya digelar '''Ratu Layar Kaca 80an''' juga '''the Nation's Darling of 70s&80s''' lantaran kekerapan beliau muncul mewarnai kedua-dua dunia senilakon dan nyanyian tanahair. Pada tahun 1983, ia bagaikan "Hari Raya Uji Rashid" bilamana Uji menjadi artis paling laris menghangatkan Aidilfitri tahun tersebut; melalui drama dan program hiburan di tv.<ref>The Star 8 Mac 2011) [[https://www.thestar.com.my/travel/malaysia/2011/03/08/100-memorable-malaysian-women/</ref> Antara lakonan cemerlang oleh pelakon berkaliber tinggi dan watak penyedih ini yang dikenang sehingga ke hari ini adalah seperti Kejadian Dalam Estet, Panggilan Pusara, Jauh Pandangan, Haryati dan Nazirah. Uji terus menjadi pilihan utama sebagai heroin penerbit drama dari tahun 80an hinggalah 90an dan serasi digandingkan dengan hero-hero popular dekad-dekad tersebut melalui karya seperti Demam Malam, Fatihah, Hidayat, Dia Bukan Untukku, Mencari Jalan Pulang dan [[Abang Muda]].
 
Selain drama berdurasi 45 minit dan 90 minit, beliau juga turut menjayakan drama berepisod panjang yang menjadi tontonan ramai seperti drama bersiri '''PJ''' dan '''Opah'''. Dalam siri PJ, Uji Rashid memegang watak Marlina yang diilhamkan daripada watak '''Sue Ellen''' dari siri TV Amerika popular tahun 80an, [[Dallas]]. Mungkin juga watak isteri lelaki korporat itu diserahkan kepada Uji kerana kecantikan sepasang mata bundarnya; atas rujukan watak asal tersebut.
Baris 60 ⟶ 62:
Kali terakhir Uji Rashid beraksi buat sebuah telefilem adalah dalam drama yang meruntun jiwa '''Mariam Annisa''' pada tahun 2008. Pelakon karakter ini melakonkan watak Mariam Annisa- seorang bekas pelacur yang lanjut usia; yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di kampung halaman sendiri dan bertaubat. Namun, sikap orang kampung yang prejudis serta hipokrit pada masa yang sama telah menyedarkan diri beliau yang kehadirannya hanya menjadi bahan cemuhan yang tiada penghujung. Uji nyata tidak mempersia-siakan ruang untuk terus berkarya yang diberi dengan mempamerkan lakonan yang mantap dan menyentuh hati.
 
Ramai yang masih ingat bahawa Uji Rashid juga pernah terlibat dalam siri alihsuara kegemaran ramai [[Ultraman]] pada era 90an. Watak beliau adalah sebagai heroin/rakan setugas hero siri tersebut pada satu siri yang awal dan kemudiannya sebagai "Kapten Megumi Iruma" pasukan penyelamat bumi pada siri berikutnya [[Ultraman Tiga]]- membuktikan bahawa anugerah suara yang manja itu telah membawa beliau jauh untuk berkaryaterus dalammeneroka bidang seni yang dicintainya.
 
Satu lagi cabang seni yang Uji pernah ceburi adalah pengacaraan. Uji Rashid pernahdiberi kepercayaan menjadi pengacara jemputan rancangan popular [[Muzik Muzik]] [[TV3]] pada tahun 1985 dan pengendali episod '''Masakan Kuih Tradisional bersama Uji''' pada bulan [[Ramadhan]] di awal tahun 90an. Gaya penyampaiannya yang manja dan bersahaja di kaca TV telah memikat hati ramai penonton.
 
==Diskografi==