Uji Rashid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 47:
 
==Kesinambungan Karier==
Selepas menikmati kejayaan yang boleh dibanggakan melalui album ''[[Bisikan Hati]]'' 1988 sehingga lebih 3 lagu berentak kontemporari daripada album tersebut telah mencuri hati peminat; ''Peristiwa Semalam'', ''Rinduku Semakin Mendalam'', ''Sekadar Mengingati'' serta beberapa lagi, Uji terus berbakti pada dunia lakonan yang juga sudah sebati dalam dirinya. Sehinggakan pada sekitar Mei-Jun 1991, tatkala Penghibur No. 1 Asia, rakan seperjuangan beliau- Allahyarham [[Sudirman Haji Arshad]] sibuk mencari Uji Rashid untuk dipelawa merakamkan lagu-lagu baru, Uji tidak ditemui oleh Sudir. Sudirman bercadang menerbitkan album baru Uji Rashid di bawah label Sudir Records/ Production kerana berpendapat bahawa Uji memiliki suara yang manja dan lemak merdu; tiada penyanyi yang mampu meniru suara unik Uji. Sudir mengatakan adalah rugi jika Uji tidak terus menyanyi dan merakamkan album. Apakan daya, takdir menentukanimenentukan yang Uji berada di luar Kuala Lumpur untuk jangkamasa yang agak panjang pada waktu itu kerana komitmen drama swasta yang dilakonkannya. Akhirnya, hasrat Sudirman tidak kesampaian kerana tidak berapa lama kemudian Allahyarham telah terlantar sakit selama lebih 7 bulan.<ref>BAM (9 November 2011) [http://sudirman-arshad.blogspot.com/2011/11/pertemuan-uji-rashid-dengan-kakak.html?m=1] [[Tribute to Allahyarham Sudirman]]</ref><ref>Uji Rashid (Facebook) (22 Februari 2012) [http://sudirman-arshad.blogspot.com/2012/02/sudirman-dari-kaca-mata-uji-rashid.html?m=1] [[Tribute to Allahyarham Sudirman]]</ref>.Bagaimanapun, 4 tahun selepas itu Uji Rashid telah merakamkan album duet kembali pada 1995- berjudul ''[[Melayu Klasik]]'' bersama [[Hail Amir]]. Album ini mencatat kejayaannya yang tersendiri sehingga tercalon ke peringkat akhir [[Anugerah Industri Muzik]] ke 3 dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Berkumpulan) dan juga Album Pop Tradisional Terbaik.
 
Penyanyi bukan Melayu terkenal tanahair- [[Francesca Peter]] juga pernah mengundang [[Uji Rashid]] merakamkan sebuah lagu dengannya sebagai '''tribute''' beliau buat Biduanita lagenda ini (Fran sendiri juga merupakan seorang peminat setia). Lagu tersebut karya [[Julfekar]] merupakan satu kolaborasi yang padu dan menyentuh jiwa (biarpun tidak ramai yang tahu) berjudul "Suatu Saat Dulu"; dimuatkan dalam album Fran- ''[[Masih Merindu]]'' (2005). Suara yang dilontarkan [[Uji Rashid]] selain kekal manja dan mersik, jelas begitu mendayu dan sayu dalam lagu tersebut.
Baris 56:
Di samping berterusan menerima undangan menyanyi sehingga kini, Uji Rashid juga pernah terbabit dalam program hiburan sukaramai 80an iaitu [[Mekar Sejambak]] dan [[Hiburan Minggu Ini]]; bersama-sama antara lainnya penyanyi [[Ahmad Fauzee]] dan [[Shah Rezza]].
 
Dianggarkan sudah ratusan drama tempatan yang dibintangi oleh Seniwati Uji Rashid (hampir kesemuanya adalah '''watak utama wanita''' selain undangan) bermula pada tahun 1980an. Wajah jelitanya tidak putus-putus menghiasi kaca televisyen Malaysia melalui slot-slot drama terkenal pada waktu itu. Uji Rashid selayaknya digelar '''Ratu Layar Kaca 80an''' juga '''the Nation's Darling of 70s&80s''' lantaran kekerapan beliau muncul mewarnai kedua-dua dunia senilakon dan nyanyian tanahair. Pada tahun 1983, ia bagaikan "Hari Raya Uji Rashid" bilamana Uji menjadi artis paling laris menghangatkan Aidilfitri tahun tersebut; melalui drama dan program hiburan di tv.<ref>The Star 8 Mac 2011) [[https://www.thestar.com.my/travel/malaysia/2011/03/08/100-memorable-malaysian-women/</ref> Antara lakonan cemerlang oleh pelakon berkaliber tinggi dan watak penyedih ini yang dikenang sehingga ke hari ini adalah seperti Kejadian Dalam Estet, Panggilan Pusara, Jauh Pandangan, Haryati dan Nazirah. Uji terus menjadi pilihan utama sebagai heroin penerbit drama dari tahun 80an hinggalah 90an dan serasi digandingkan dengan hero-hero popular dekad-dekad tersebut melalui karya seperti Demam Malam, Fatihah, Hidayat, Dia Bukan Untukku, Mencari Jalan Pulang dan [[Abang Muda]].
 
Selain drama berdurasi 45 minit dan 90 minit, beliau juga turut menjayakan drama berepisod panjang yang menjadi tontonan ramai seperti drama bersiri '''PJ''' dan '''Opah'''. Dalam siri PJ, Uji Rashid memegang watak Marlina yang diilhamkan daripada watak '''Sue Ellen''' dari siri TV Amerika popular tahun 80an, [[Dallas]]. Mungkin juga watak isteri lelaki korporat itu diserahkan kepada Uji kerana kecantikan sepasang mata bundarnya; atas rujukan watak asal tersebut.