Uji Rashid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Lynn Sweetie (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 58:
Dianggarkan sudah ratusan drama tempatan yang dibintangi oleh Seniwati Uji Rashid (hampir kesemuanya adalah '''watak utama wanita''' selain undangan) bermula pada tahun 1980an. Wajah jelitanya tidak putus-putus menghiasi kaca televisyen Malaysia melalui slot-slot drama terkenal pada waktu itu. Uji Rashid selayaknya digelar '''Ratu Layar Kaca 80an''' juga '''the Nation's Darling of 70s&80s''' lantaran kekerapan beliau muncul mewarnai kedua-dua dunia senilakon dan nyanyian tanahair. Pada tahun 1983, ia bagaikan "Hari Raya Uji Rashid" bilamana Uji menjadi artis paling laris menghangatkan [[Aidilfitri]] tahun tersebut; melalui drama dan program hiburan di tv.<ref>The Star (8 Mac 2011) [https://www.thestar.com.my/travel/malaysia/2011/03/08/100-memorable-malaysian-women/]</ref> Antara lakonan cemerlang oleh pelakon berkaliber tinggi dan watak penyedih ini yang dikenang sehingga ke hari ini adalah seperti Kejadian Dalam Estet, Panggilan Pusara, Jauh Pandangan, Haryati dan Nazirah. Uji terus menjadi pilihan utama sebagai heroin penerbit drama dari tahun 80an hinggalah 90an dan serasi digandingkan dengan hero-hero popular dekad-dekad tersebut melalui karya seperti Demam Malam, Fatihah, Hidayat, Dia Bukan Untukku, Mencari Jalan Pulang dan [[Abang Muda]].
 
Selain drama berdurasi 45 minit dan 90 minit, beliau juga turut menjayakan drama berepisod panjang yang menjadi tontonan ramai seperti drama bersiri '''PJ''' dan '''Opah'''. Dalam siri PJ, Uji Rashid memegang watak sebagai Marlina yang diilhamkan daripada watak '''Sue Ellen''' dari siri TV Amerika popular tahun 80an, [[Dallas]]. Mungkin juga watak isteri lelaki korporat itu diserahkan kepada Uji kerana kecantikan sepasang mata bundarnya; atas rujukan watak asal tersebut.
 
Kali terakhir Uji Rashid beraksi buat sebuah telefilem adalah dalam drama yang meruntun jiwa '''Mariam Annisa''' pada tahun 2008. Pelakon karakter ini melakonkan watak Mariam Annisa- seorang bekas pelacur yang lanjut usia; yang ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya di kampung halaman sendiri dan bertaubat. Namun, sikap orang kampung yang prejudis serta hipokrit pada masa yang sama telah menyedarkan diri beliau yang kehadirannya hanya menjadi bahan cemuhan yang tiada penghujung. Uji nyata tidak mempersia-siakan ruang untuk terus berkarya yang diberi dengan mempamerkan lakonan yang mantap dan menyentuh hati.