Persekutuan Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengganti laman dengan '{{Infobox Former Country'
Teg: Menggantikan
k Membalikkan suntingan oleh 2A02:810B:FC0:1B10:89DB:9609:CC52:E22D (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh CommonsDelinker
Teg: Undur
Baris 1:
{{Infobox Former Country
|conventional_long_name = Persekutuan Tanah Melayu<br />ڤرسكوتوان تانه ملايو
|native_name =
|common_name = Malaysia
|continent = Asia
|year_start = 1948
|date_start = 31 Januari
|year_end = 1963
|date_end= 16 September
|event_end = Pembentukan [[Malaysia]]
|event1 = Kemerdekaan
|date_event1=[[31 Ogos]] [[1957]]
|p1=Malayan Union
|flag_p1=Flag of the Federated Malay States (1895 - 1946).png
|s1 = Malaysia
|flag_s1 = Flag of Malaysia.svg
|image_flag= Flag of Malaya.svg
|image_coat = Coat of arms of the Federation of Malaya.svg
|image_map =Federation_of_Malaya.PNG
|capital = Kuala Lumpur
|latd=3|latm=8|latNS=N|longd=101|longm=42|longEW=E
|common_languages = [[bahasa Melayu|Melayu]]
|government_type = Raja berpelembagaan
|title_leader = [[Yang di-Pertuan Agong]]
|leader1 = [[Tuanku Abdul Rahman]]
|deputy1 = [[Tunku Abdul Rahman|Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj]]
|stat_area1=132364
|stat_year1=1963
|currency = [[Dolar Malaya dan Borneo British]]
}}
 
{{Sejarah Malaysia}}
'''Persekutuan Tanah Melayu''' merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di [[Tanah Melayu]]. Ia dibentuk pada [[31 Januari]] [[1948]] oleh sembilan [[Negeri-Negeri Melayu]] dan dua [[Penempatan Selat|penempatan]] [[United Kingdom|British]] [[Pulau Pinang]] dan [[Melaka]].
 
==Perjanjian Persekutuan==
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara Jun-Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.<ref>[http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=3159&y=2010&m=1 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Diumumkan]</ref>
 
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di [[Carcosa Sri Negara|King House]] dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir [[Edward Gent]], sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan [[Malayan Union]] dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
 
Antara [[1946]] - [[1948]], 11 negeri ini membentuk [[tanah jajahan British]] yang dipanggil [[Malayan Union]]. Disebabkan bantahan orang [[Melayu]] yang dipimpin oleh Dato [[Onn Jaafar]], [[Malayan Union]] dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.<ref>[http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=975 Raja-Raja Menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu]</ref>
 
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi [[negeri naungan]] British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai [[Singapura]], yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari [[Semenanjung Malaysia|Malaya]].
 
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada [[Negara-negara Komanwel British]] pada [[31 Ogos]] [[1957]].<ref>[http://www.statutelaw.gov.uk/content.aspx?LegType=All+Primary&PageNumber=72&NavFrom=2&parentActiveTextDocId=1118475&ActiveTextDocId=1118475&filesize=15776 Federation of Malaya Independence Act 1957 (c. 60)]</ref> Merujuk kepada Akta Malaysia [[1963]], [[Singapura]], [[Sarawak]] dan [[Borneo Utara]] (yang dinamakan semula sebagai [[Sabah]]) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan [[Malaysia]]. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada [[9 Ogos]] [[1965]].
 
== Ahli persekutuan ==
 
* [[Perlis]]
* [[Kedah]]
* [[Pulau Pinang]]
* [[Negeri Perak|Perak]]
* [[Selangor]]
* [[Negeri Sembilan]]
* [[Melaka]]
* [[Johor]]
* [[Pahang]]
* [[Terengganu]]
* [[Kelantan]]
 
==Sistem kerajaan==
Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh [[Pesuruhjaya Tinggi British]] yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh [[Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu]] dan [[Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu]].
 
* Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
 
* Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, ([[Menteri Besar]]) dan 2 orang wakil dari [[Negeri-negeri Selat]] menjadi ahli tidak rasmi.
 
* [[Majlis Raja-Raja|Majlis Raja-Raja Melayu]] akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan.
 
===Syarat kerakyatan===
Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-undang mereka yang berikut secara automatik boleh menjadi warganegara;
# Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.
# Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus.
# Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.
# Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.
# Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
 
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;
 
# dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan
# Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.
 
Dalam kedua-dua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taat-setia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dengan baik.
 
Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.<ref>[http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=3837 Persekutuan Tanah Melayu Ditubuhkan]</ref>
 
===Pembahagian kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri ===
Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal [[agama]] dan [[adat istiadat Melayu]]. Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.<ref>[Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Diumumkan]</ref>
 
==Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu==
Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di [[Dewan Tuanku Abdul Rahman]], [[Kuala Lumpur]] pada 1948. Ia dirasmikan oleh [[Pesuruhjaya Tinggi British]] Sir [[Edward Gent]]. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat, [[Perlembagaan Persekutuan 1948]]. Ahli majlis mestilah terdiri daripada :
# Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden
# 3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara
# 11 orang ahli rasmi
# 34 orang ahli tidak rasmi.
 
Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara [[Persekutuan Tanah Melayu]] ataupun rakyat [[British]]. Dalam tahun 1948 terdapat :
# 28 orang wakil Melayu termasuk semua [[Menteri Besar]]
# 14 orang wakil Cina
# 6 orang wakil India
# 14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi.
 
 
* Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap
* Dato' [[Onn Jaafar]] selaku wakil orang-orang Melayu
* Dr. [[Ong Chong Keng]] selaku wakil orang-orang Cina
* [[S.B. Palma]] wakil orang-orang India
* Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
* Presiden Sir [[Edward Gent]].
 
Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu :
* 'Standing Committee On Finance'
* Jawatankuasa Pemilihan
* Jawatankuasa Keistimewaan.
 
Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang Undang-Undang Pemindahan Kuasa dan Rang Undang-Undang Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakil-wakil tidak rasmi yang baru telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.<ref>[http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=2278 Persidangan Pertama Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu]</ref>
 
==Pendaftaran PKMM ditolak==
Pada tahun 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran [[Parti Kebangsaan Melayu Malaya]] (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu [[Angkatan Pemuda Insaf]] dan [[Angkatan Wanita Sedar]]. Asalnya, PKMM tidak cenderung kepada [[komunisme]]. Setelah [[Mokhtaruddin Lasso]] dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini telah dipengaruhi oleh [[komunis]]. [[Kesatuan Melayu Muda]] (KMM) bergabung dengan [[PKMM]], dan Dr. [[Burhanuddin Helmi]] telah menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan [[Indonesia Raya|Melayu Raya]] iaitu gabungan [[Indonesia]] dan [[Tanah Melayu]]. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed telah menjadi presiden PKMM yang ketiga dan PKMM beralih {{fact|menurut siapa?}} daripada konsep komunisme kepada nasionalistik. PKMM adalah anti-[[UMNO]] dan anti penjajah. PKKM juga telah menubuhkan [[Pusat Tenaga Rakyat]] atau singkatannya ditulis sebagai [[PUTERA]], iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan [[All-Malaya Council of Joint Action]] atau [[AMCJA]] yang menentang habis-habisan mengenai Perjanjian Persekutuan 1948 bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM telah menuduh pegawai-pegawai yang dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', yang menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM, tiada unsur untuk "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik". <ref>[http://www.arkib.gov.my/hids/readarticle.php?article_id=3920 Penolakan Pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya]</ref>
 
== Lihat juga ==
* [[Majlis Undangan Persekutuan]]
* [[Semenanjung Malaysia]]
* [[Tanah Melayu]]
* [[Malaysia]]
 
==Rujukan==
{{reflist}}
[[Kategori:Sejarah Malaysia]]
[[Kategori:Bekas jajahan British]]
[[Kategori:Persekutuan Tanah Melayu]]
 
[[pl:Federacja Malajska]]