Perbezaan antara semakan "Bierkeller-Putsch"

20 bait ditambah ,  1 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
{{Coord|48.1304|11.592|region:DE_type:event|display=title}}
'''Bierkeller-Putsch''' ([bir-kél-lĕr puc] "Rusuhan Medan Bir", juga '''Hitlerputsch''' atau '''Hitler-Ludendorff-Putsch''') merupakan suatu percubaan nekad [[Parti Buruh Nasionalis-Sosialis Jerman]] (NSDAP) pimpinan [[Adolf Hitler]] untuk menggulingkan serta mengambil alih kuasa pemerintah demokratik [[Republik Weimar]] di [[Jerman]] melalui cara pemberontakan. Ia mengambil tempat di [[Bürgerbräukeller]], sebuah bangunan yang menjadi tumpuan sebagai suatu tempat meminum [[bir]] (''Bierkeller'' - "dewan bir") orang ramai.
 
Rusuhan ini dirancang berdasarkan ''[[Marcia su Roma]]'', suatu peristiwa di mana perarakan besar-besaran dilakukan [[Parti Fasis Nasional|Partito Nazionale Fascista]] pimpinan [[Benito Mussolini]] menuju [[Roma]] dari 22 sehingga 29 Oktober 1922; di mana mereka berjaya memegang tampuk kekuasaan kerajaan Itali di mana Mussolini menjadi Perdana Menteri Kerajaan Itali.