Perbezaan antara semakan "Tuk-tuk"

678 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
[[Image:PICT2817.JPG|thumb|Pengusaha tuk-tuk di [[Kemboja]].]]
Tuk-tuk digerakkan dengan enjin kecil berkuasa rendah, dahulunya [[enjin dua lejang]] tetapi kini kebanyakannya menggunakan [[enjin empat lejang]]. Disebabkan saiz dan kuasa enjin yang rendah, nisbah penurunan keseluruhan yang digunakan adalah besar bagi membolehkan enjin yang kecil untuk mengangkut ramai penumpang; oleh itu, kelajuan maksimum bagi tuk-tuk adalah rendah iaitu sekitar 50 km/j.
 
Enjin tuk-tuk juga boleh diubahsuai untuk membolehkannya menggunakan [[gas asli]] sebagai mana yang diwajibkan di [[India]].
 
Selain kenderaan beroda tiga yang dibina khusus, tuk-tuk juga boleh dihasilkan dengan memasang badan beca pada bahagian belakang [[motosikal]].
 
==Sistem tambang==
[[Image:autofaremeter.jpg|left|thumb|upright|left|Meter tuk-tuk]]
Sistem tambang tuk-tuk adalah lebih kurang sama seperti [[teksi]] atau [[beca]]. Pengusaha tuk-tuk di sesetengah negara seperti di [[India]] diwajibkan memasang meter pada tuk-tuk-tuk sebagaimana [[teksi]]. Namun demikian, seperti juga pengusaha teksi, ada juga pengusaha tuk-tuk yang enggan memasang meter, ataupun yang memasang meter yang rosak atau tidak berfungsi dengan betul bagi menipu tambang. Bagi tuk-tuk yang tidak dilengkapi dengan meter, biasanya aktiviti tawar-menawar sering dilakukan untuk mendapatkan kadar tambang yang paling berpatutan dan munasabah.
 
==Media==
Pengguna awanama