Dahlan Zainuddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Menambah teg kematian terkini dan pengemasan.
Baris 1:
{{recentdeath}}
{{Infobox person
| honorific_prefix = [[Yang Berbahagia]] [[Datuk (gelaran)|Datuk]]
Baris 19 ⟶ 20:
}}
}}
[[Datuk (gelaran)|Datuk]] '''Mohd Dahlan bin Zainuddin''', atau lebih dikenali sebagai '''Dahlan Zainuddin''' (1941–28 Mei 2019) merupakan seorang penyanyi [[Malaysia]] yang terkenal dengan lagu '''"Kisah Seorang Biduan'''". Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan [[Bintang RTM]] pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di [[Stadium Negara]] pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke [[Singapura]] sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di [[Kuala Lumpur]] pada tahun 1965.<ref>[http://m.utusan.com.my/Hiburan/20120630/hi_05/Dahlan-superstar-era-70-an Dahlan superstar era 70-an] ''[[Utusan Malaysia]]''.</ref> Beliau juga pernah membintangi filem ''[[Kisah Seorang Biduan (filem)|Kisah Seorang Biduan]]'' bersama [[Gaya Zakry]] dan beberapa pelakon yang lain. Selain itu, beliau sering dilihat sebagai seorang pengacara apabila menjadi hos bagi rancangan televisyen iaitu "''Hiburan Minggu Ini"'' (HMI) sekitar tahun 1970-an.<ref>[https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/05/430948/berilah-saya-peluang-menyanyi-dahlan-zainuddin Berilah saya peluang menyanyi - Dahlan Zainuddin] ''[[Berita Harian]]''.</ref>
 
Di samping itu, beliau merupakan salah seorang kakitangan bagi akhbar ''[[New Straits Times]]''. Beliau telah berkahwin dengan Effa Rizan yang juga seorang penyanyi yang terkenal pada tahun 70-an. Dahlan meninggal dunia pada 28 Mei 2019 pada usia 78 tahun.<ref>[https://malaysiagazette.com/blog/2019/05/28/perginya-seorang-biduan-dahlan-zainudin/ Perginya seorang biduan, Dahlan Zainuddin] Malaysia Gazette.</ref><ref>[http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/dahlan-zainuddin-meninggal-dunia-1.909792 Dahlan Zainuddin meninggal dunia] ''[[Utusan Malaysia]]''.</ref>
 
== Diskografi ==
Baris 52 ⟶ 53:
|-
| 1979
| ''[[Kisah Seorang Biduan (filem)|Kisah Seorang Biduan]]''
| Pelakon Utama
| Filem ini merupakan satu-satunya filem lakonan beliau.