Apple: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Pengemasan.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 49:
}}
 
'''Apple Inc.''', dahulunya '''Apple Computer, Inc.''' ([[NASDAQ]]: AAPL), ialah perbadanan multinasional Amerika Syarikat yang mengkhususkan perekaan bentuk serta pengilangan produk [[elektronik pengguna]] dan [[Perisian komputer|perisian]] yang berkait. Berpusat di Cupertino, California, Apple mengembangkan, menjual, dan menyokong berbagai-bagai [[komputer peribadi]] dan [[pemain media mudah alih]], serta juga [[Perisian komputer|perisian]] dan [[perkakasan komputer]] tambahan. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah AS$19.3 bilion.<ref name="morningstar">[http://quicktake.morningstar.com/Stock/Income10.asp?Country=USA&Symbol=AAPL&stocktab=finance&pgid=qtqnnavfinstate Laman web ''Morningstar:'' Penyata Kewangan Apple Computer]</ref>
 
Apple diasaskan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Apple kini terlibat dalam penciptaan konsep teknologi baru (seperti [[iPhone]], dan [[Apple TV]]), serta ciri-ciri untuk [[Mac OS X v10.5|Mac OS X "Leopard"]], [[sistem pengendalian]]nya yang baru. Syarikat ini juga mengendalikan [http://www.apple.com/ kedai dalam talian] untuk menjual perkakasan dan perisian, selain daripada [[iTunes Store]], laman webnya yang membekalkan muzik, [[buku audio]], [[Permainan komputer peribadi|permainan]], video muzik, pertunjukan TV, dan filem digital yang boleh dimuat turun. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi [[Macintosh|Mac]] dan peranti-[[peranti persisian]] berkait, barisan pemain media mudah alih [[iPod]], serta [[iPhone]] yang dikeluarkan pada pertengahan tahun [[2007]]. Selain itu, produk-produk perisian Apple yang paling terkenal termasuk [[sistem pengendalian]] [[Mac OS]] dan suit perisian [[iLife]] yang merupakan berkas produk perisian kreatif bersepadu untuk para amatur. (Kedua-dua Mac OS dan iLife dibekalkan secara bersama-sama dengan semua jualan Mac). Tambahan pula, Apple juga merupakan pembekal produk perisian industri [[audio]] dan filem profesional (serta juga "[[prosumer]]") yang utama. Aplikasi-aplikasi profesional dan "''prosumer''" Apple yang digunakan, terutamanya dalam komputer Mac, termasuk [[Final Cut Pro]], [[Logic Audio]], [[Final Cut Studio]], dan alat-alat industri yang berkaitan.