Cetera Hati Diya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Peminat Drama03 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Peminat Drama03 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
 
Drama ini dibintangi oleh [[Azar Azmi]] dan [[Fattah Amin]].
 
==Sinopsis==
 
''- Diambil daripada novel -''
 
:''“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.”'' ~ '''''Diya'''''.
 
Pada Diya (''[[Azar Azmi]]''), Zahil Hariz (''[[Fattah Amin]]'') hadir mengubat luka silamnya namun kemudiannya merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak!
 
Hancur luluh hati Zahil apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit.
 
:''“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.”'' ~ '''''Zahil'''''.
 
Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyuman, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan, perceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya?
 
==Pelakon==