Walt Whitman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
 
Baris 16:
 
==Biografi==
==Biografi==
=== Awal hidup ===
Walter Whitman, Jr. lahir pada 31 Mei 1819 di [[West Hills, New York|West Hills]], [[Huntington, New York|Town of Huntington]], [[Long Island]]. Beliau anak kedua dalam sembilan adik beradik<ref>Miller, 17</ref> kepada Walter Whitman, Sr. (1789–1855) dan Louisa Van Velsor Whitman (1795–1873) - kedua-dua mereka berkecenderungan kepada ajaran mazhab [[Quaker]]. Mereka sekeluarga berpindah ke [[Brooklyn]] ketika Walt berusia empat tahun, di mana mereka sering berpindah randah kerana hidup mereka yang serba miskin.<ref>Loving, 30</ref>
 
=== Kerjaya kewartawanan awal ===
Setelah Walt menghabiskan persekolahan wajibnya pada usia 11 tahun,<ref>Loving, 32</ref> beliau mencari pekerjaan bagi menyara keluarganya: beliau menjadi orang suruhan dua firma guaman pada awalnya. Beliau kemudiannya menyertai akhbar mingguan ''Patriot'' di bawah kelolaan Samuel E. Clements,<ref>Reynolds, 44</ref> di mana beliau mempelajari selok-bolek mengenai kerja percetakan<ref>Kaplan, 74</ref> serta barangkali juga menulis kolum bacaan ringan dalam akhbar tersebut.<ref>Callow, 30</ref> Beliau meletakkan jawatan setelah tersebarnya berita bahawa Clements tersebut dan beberapa rakannya cuba menggali semula mayat seorang paderi untuk membuat acuan plaster kepala mayat tersebut.<ref>Callow, 29</ref><ref>Loving, 34</ref>
 
Keluarganya berpindah kembali ke West Hills pada musim bunga berikutnya namun Walt kekal di sana; beliau bekerja untuk sebuah pencetak baharu musim panas tahun sama.<ref name="Reynolds45">Reynolds, 45</ref> Beliau turut mengambil kerja di sebuha kedai milik penyunting sebuah akhbar mingguan lidah [[Parti Whig (Amerika Syarikat)|Parti Whig]], ''Long-Island Star''.<ref name="Reynolds45" />
 
=== Semasa zaman Perang Saudara ===
Apabila [[Perang Saudara Amerika]] mula meletus, Walt mula menukil sebuah sajak menaikkan semangat para askar [[Angkatan Tentera Kesatuan]] yang berjuang di medang perang berjudul "[[wikisource:Leaves of Grass/Book XXI#Beat!_Beat!_Drums!|Beat! Beat! Drums!]]".<ref>Callow, 283</ref> Adik Walt, George, turut menyertai angkatan ini serta berutus surat yang menggambarkan dengan terperincinya keadaan yang mengerikan di medan perang itu.<ref>Reynolds, 410</ref>
 
Pada bulan Disember 1862, akhbar ''[[New-York Tribune]]'' menerbitkan senarai askar yang cedera dan terkorban. Walt mula cemas apabila terdapat sebuah nama "First Lieutenant G. W. Whitmore" yang timbul lalu merujuk kepada adiknya.<ref name="Kaplan268">Kaplan, 268</ref> Beliau segera berjalan kaki ke [[Selatan Amerika Syarikat]] untuk mencarinya; beliau mendapat George terselamat hanya luka riingan pada belah pipinya.<ref name="Kaplan268" /> Di situ juga Walt merasa terkesan dengan keadaan banyak askar yang cedera serta kudung atau terpotong tulang empat kerat mereka; beliau berpindah ke ibukota [[Washington, D.C.]] pada 28 Disember 1862 dengan niat tidak mahu berganjak ke New York lagi.<ref name="Reynolds411">Reynolds, 411</ref>
 
==Senja hidup==
 
==Penulisan==