Puteri Bukan Nama Sebenar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 43:
 
==Sinopsis==
Puteri ([[Cristina Suzanne]]) yang sedang sarat mengandung mahu bertemu dengan keluarga suaminya di Kuala Lumpur. Puteri berkahwin dengan Mikail ([[Hafeez Mikail]]) secara rahsia kerana keluarga Mikail sudah ada calon pilihan mereka iaitu Alisha ([[Faralyna Idris]]), anak kepada seorang hartawan yang bijak tetapi pendengki.
 
Mikail yang bertugas sebagai wartawan dan juga jurufoto untuk agensi berita telah dihantar ke Gaza semasa usia kandungan Puteri 7 bulan. Sebelum bertolak ke Gaza, Mikail berpesan kepada Puteri agar mencari keluarganya di Kuala Lumpur jika apa-apa berlaku kepadanya. Suatu hari, Puteri telah menerima berita buruk dari agensi berita yang Mikail telah terkorban dalam satu letupan di Gaza. Jadi, Puteri telah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mencari keluarga Mikail.