Muhammad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Figarobarba (bincang | sumb.)
Figarobarba (bincang | sumb.)
Baris 48:
 
== Kelahiran ==
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab '''قريش'''). Nabi Muhammad telah diputerakan di [[Makkah]], pada hari [[Isnin]], [[12 Rabiulawal]]<ref>[https://books.google.com.my/books?id=dfdUX3Sbt-gC&pg=PA454&dq=12+Rabiulawal&hl=en&sa=X&ei=fu6eVaLWGNLIuATiqbKYDA&redir_esc=y#v=onepage&q=12%20Rabiulawal&f=false Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011), By Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Binti Abdul Rahman]</ref> ([[6 Mei]] [[570]]M atau pun [[20 April]]/[[26 April]] [[571]]M). Ibu baginda, iaitu [[Aminah binti Wahab]], adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, [[Abdullah bin Abdul Muthallib|Abdullah]], ialah anak kepada [[Abdul Muthalib]]. Keturunannya bersusur galur dari Nabi [[Nabi Ismail a.s.|Ismail]], anak kepada Nabi [[Nabi Ibrahim a.s.|Ibrahim]] kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
 
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang [[anak yatim]] piatu. Menurut tradisi keluarga atasan [[Mekah]], baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama [[Halimahtus Sa'adiah]] '''حلمة السعديه''' di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, [[Abu Talib]]. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam ([[Syria]]).