Negeri-Negeri Selat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
WikiBayer (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 175.143.138.53 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 218.208.229.149
Superrandoms (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih Suntingan aplikasi Android
Baris 90:
 
== Sejarah dan pentadbiran ==
Penubuhan Negeri-negeri Selat adalah melalui Perjanjian Inggeris - Belanda pada tahun 1824 diantara [[United KingdomBritish]] dan [[Belanda]], yang menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada Kawasan Jajahan British di bahagian utara dan Kawasan Jajahan Belanda di bahagian Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bangkahulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British serta Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri - Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada tahun 1832.
 
Pada tahun 1867, Negeri - Negeri Selat telah dijadikan sebagai Koloni Mahkota British yang mana pusat pentadbirannya telah dipindahkan dari Calcutta ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada 1 April. Pada 4 Februari "Letters Patent" telah diberikan kepada penempatan sebagai Perlembagaan Koloni. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri - Negeri Selat yang mentadbir Koloni Negeri - Negeri Selat, sebuah badan telah ditubuhkan bagi membantu Gabenor iaitu Majlis Eksekutif Negeri - Negeri Selat yang mengandungi keseluruhan ahli - ahli majlis rasmi (i.e. ex officio), dan sebuah Badan Perundangan yang mengandungi ahli - ahli rasmi dan ahli - ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran bagi Koloni Negeri - Negeri Selat dan Negeri - Negeri Melayu Bersekutu telah dilaksanakan oleh Perkhidmatan Awam yang mana anggotanya telah dilatihkan dengan peperiksaan atau ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London. Pulau Pinang dan Melaka ditadbir secara langsung dari Gabenor dan Konsulat Residen.