Mahathir Mohamad: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 462:
Kediaman rasmi Mahathir, [[Seri Perdana]], di mana beliau tinggal dari 23 Ogos 1983 hingga 18 Oktober 1999, telah bertukar menjadi sebuah muzium (Galeria Sri Perdana). Selaras dengan prinsip pemuliharaan warisan, reka bentuk asal dan susun atur Sri Perdana telah dipelihara.
 
Mahathir telah menjadi tokoh kontroversi dan subjek serangan keras oleh pengkritiknya. Bekas ''de facto'' Menteri Undang-Undang [[Zaid Ibrahim]] menulis dalam memoirnya: "Dalam hati saya, saya tidak boleh menerima dakwaan bahawa Dr Mahathir secara peribadi adalah seorang yang korup. Orang korup tidak pernah berani untuk bercakap dengan sekuat-kuat Dr Mahathir Kekayaan bukanlah satu motivasi utama untuknya. Beliau hanya mendambakan kuasa."<ref>{{cite book | last = Ibrahim | first = Zaid | authorlink = Zaid Ibrahim | title = Saya Pun Melayu | publisher=ZI Publications | year = 2009 | location = Petaling Jaya, Malaysia | pages = 227 | url = | id = | isbn = 978-967-5-26603-4 }}</ref>
 
Dua daripada anak Mahathir, bergiat aktif dalam politik: [[Mokhzani Mahathir|Mokhzani]] adalah seorang pegawai kanan Belia UMNO (sayap pemuda parti) sebelum meninggalkan politik dan memberi tumpuan kepada kerjaya perniagaannya; [[Mukhriz Mahathir|Mukhriz]] telah dipilih ke Parlimen pada tahun 2008, dan pada tahun 2013 menjadi [[Menteri Besar Kedah]].<ref>{{Harvnb|Wain|2010|p=331}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.mysinchew.com/node/22633?tid=14|title=Unexpected Results|date=27 Mac 2009|work=[[Sin Chew Jit Poh]]|accessdate=12 Februari 2011}}</ref>